Aaa.. lama tak update. Busy pulak 2-3 hari ni di ofis, sampai tak dapat nak berfoya-foya di alam maya. Hehehe.
Korang sihat ke? Hari ni saya cuti rehat. Esok cuti umum Good Friday, so long weekend sampailah Ahad. Lepas tu keempat-empat sekolah anak ambik cuti peristiwa hari Isnin sebaab Easther Monday. Seronok la diorang.
Hari ni last acara beramah-tamah hari raya di sekolah #theIMANs. Mula-mula sekolah Abang, minggu lepas. Minggu ni sekolah Kakak hari Rabu, sekolah Awan Alan hari ni.
Menu potluck #theIMANs:
Abang: mee hoon goreng tomyam & amplang sotong
Kakak: mochi mix flavor
Awan Alan: macaroni bolognese
Yang mochi order dari jiran, amplang dari Sabah. Lain-lain masak sendiri je.
Hari ni mencabar sikit sebab masak untuk 2 buah kelas. Oleh sebab Awan Alan selalu komplen kalau bawak pasta ke sekolah selalu jadi menu terpaling cepat habis. So saya decide nak packing satu-satu supaya semua dapat merasa.
Seawal 3.45 pagi lagi saya dah bangun untuk masak. Sebab tak pernah buat packing ala caterer so belum dapat bajet masa lagi. Saya tak letar sayur ya, sebab budak-budak ni biasalah tak bermesra-mesraan dengan sayur.
Start masak 4 pagi, 4.45 dah start packing. Mula-mula nak mintak tolong Iman tapi ok jer saya buat sorang. Iman tolong susun bekas tapau je atas meja.
2 bungkus macaroni brand Kimball dapat 48 pack mini macam ni. Kalau beli yang Prego banyak lagi kot. Balance sikit untuk sarapan 4 beradik.
5 setengah pagi dah setel packing. Guna gelang getah je dan sudu pun sediakan sekali. Boleh la rehat sekejap. Takde la nak rushing sebab saya kan dah mohon cuti rehat hari ni.
Awal lagi Awan dah request nak pakai baju oren sebab baju satu lagi tu ada lubang! Dia tak suka leher teluk belanga. Hihihi.
Belum tidur lagi dari 3 setengah pagi tadi. Nak tidur tak boleh pulak, kalau di ofis mesti dah ngantok dah mengadap pc. Ahaha.
Bagus memang kalo dipack personal begini. Jadi banyak yg bisa merasa juga 👍☺️.
ReplyDeletesenang dh pack siap2 mcm ni..incase tk abis..bole bw blk
ReplyDeletebagus pack begitu je.. semua dapat merasa.
ReplyDeleteLekat la lable sekali... Kakmim kan pandai design label?
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Sedap nampak tu. Senang pack macam ni. Siapa nak lebih, boleh terus ambil.
ReplyDeletelepas ni kita nak pack macam ni la, lebih mudah kan? leh semua orang dapat makan.
ReplyDeletesegak anak jejaka kakMim.
nampak sedap plak macaroni bolognese tu
ReplyDeletemmg nampak sedapnyaaa macaroni kak mim! packing cmni mudah utk ambil sorang satu ehehehe
ReplyDelete