Kuih Raya 2025

Kek lapis, biskut dan kerepek untuk tetamu yang datang berkunjung di rumah tahun 2025. Biskut tak buat, cuma buat cornflake honey je. Kek lapis buat sejenis je, lain-lain order. Haha.

Setting tahun 2025, suka guna tupperware hijau tu sebab isinya tak banyak. Kalau isi banyak-banyak nanti masuk angin bila lama terdedah masa tetamu berkunjung datang. Kalau habis, tukang top up ramai, tak apa. Hehehe.

Tart nenas, biskut cincin (telur rebus), biskut van houten dan biskut carrot (cornflake)

Biskut dinosaur (oreo), biskut dolphin (almond), biskut  swiss strawberry dan biskut dark choc

Ini je kek lapis tahun ni, kek lapis versi cheese tak ada langsung sebab malas nak 'jaga'. Kek lapis yang ada cheese memang cerewet sikit, nak potong susah, nak simpan susah, kalau nak tahan lama kena keep chill baru sedap. Kalau letak suhu bilik lama-lama nanti dia jadi lembik tak sedap pulak makan. So yang ada: lapis Idola, lapis India (cadbury), lapis pertemuan, lapis holiday Inn (horlick & milo), kek belacan (coklat, horlick, susu) dan kek lapis batik kerong.

Kek favourite orang awam di Sarawak ni, lapis India (cadbury). Potong siap-siap, letak dalam paper cup siap-siap, simpan dalam chiller. Kalau habis je terus top up. Kek ni susah tau nak potong, kena tunggu coklat tu suhu bilik tapi tak boleh terlalu cair jugak. Kalau tak, nanti melekat di pisau, dah tak boleh hidang dah, kena masuk mulut. Hihi. Kalau masih sejuk sangat (sebab letak dalam peti sejuk kan) pun susah nak potong, sebab coklatnya keras. Memang 'bercinta' lah nak potong kek ni. 

Ini pun sama, favorite saya, dan hampir setiap rumah selalu ada kek lapis Idola ni. Pun sama potong siap-siap dah, tinggal nak top up kalau perlu. Semua kek lapis memang kena simpan dalam chiller or freezer supaya tahan lama. Kalau yang jenis kukus, nak tahan lama, raya ke-4 bolehlah dikukus sekali lagi. Bukan senang nak jaga 'diorang' ni sebenarnya. Lagi-lagi harga memang mahal sekarang kalau beli seloyang tu, so memang kena jaga elok-elok supaya tak berlaku pembaziran. Kalau dah berkulat tu memang tak dapat diselamatkan lagi.







 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. kek belacan, kek lumut...masa kerja dekat opis melaka, ofismate sorang orang sarawak...jadi tiap2 tahun buat open house pejabat, memang dia akan bawa kek lapis sarawak, masa tu semua tak pandang kek lumut tu...ambik yang lebih berwarna warni...sekali rasa kek lumut, lagi sedap dari yang lain2..sekarang ofismate tu dah pencen, dan duduk di sarawak..bila agaknya ada rezeki nak terbang ke sarawak.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kek lapis.. tahun ni belum jumpa lagi.

    ReplyDelete
  3. Meriah kuih raya Kakmim !
    Sy simple betul tahun ni, semua tunjuk² 🤭
    Kuih carrot tu reminds me of kuih buah jambu, my mom selalu buat masa kecik² dulu. Bentuknya sebijik macam buah jambu air. Sayang sy tak mewarisi resepinya :(

    ReplyDelete
  4. Sedap tengoknya. Kalau kuih macam ni, hari-hari boleh beraya.

    ReplyDelete
  5. Comelnya biskut dino.
    Kek lapis India mesti sedap sebab Cuya suka cadburry tapi leceh juga ya bab potong memotong

    ReplyDelete
  6. nak datang raya rumah kakMim, biskut raya nampak sedap semuanya, biskut cincin tuuuuu...
    kek lapis kesukaan ku yg masam manis tu. lain-lain kita tak dpt beza rasanya, samaaaaa ja.

    ReplyDelete
  7. wahwahhh comelnya biskut dino & biskut dolphin & biskut carrot! kek lapis bercinta nak jaga, bercinta nak potong, bercinta nak beli tp makan skejaaaaap je boleh licinnnn hehehehe

    ReplyDelete
  8. Ammi pun suka guna bekas kuih raya cecomel sbb xnak masuk angin

    ReplyDelete
  9. Sedap sedap semua nampak kek lapis & biskut depa..dolphine tu cute la

    ReplyDelete
  10. Cantik bekas kek lapis tu....Ada jual kat shoppe ke sis?

    ReplyDelete
  11. Memang. Sama dengan lapis legit di sini. Utk lebih awet saya simpan dalam kulkas. Biasa jadi lebih sedap rasanya, dan LBH tahan lama. Tapi hrs 1 loyang yg size 20*20 cm, itu bisa Rp1juta lebih. Tergantung bahan yg dipakai.

    Jadi kalo sampai tak dimakan, lalu berjamur, memang rugi sangat 🤣🤣

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form