Iftar Terakhir & Malam Raya

Iftar terakhir kami pada bulan Ramadhan tahun 2025, saya hanya masak sesimple mungkin sebab busy mengemas rumah dan ke sana ke mari, ambil ketupat la, beli plastik alas meja la, beli magic sponge di Eco la. Ahaha. Nak tak nak terpaksa jugak drive sendiri sebab Encik Suami sibuk mengecat. Kalau ikut time jem macam ni memang malas nak driving. Tapi last minute jugak Encik Suami decide nak mengecat, nasib la ada anak dara dan anak bujang yang membantu.

Menu iftar terakhir kami, ikan tenggiri goreng + sambal geprek, sayur bayam tumis dan popia carbonara. Sebelum berbuka hujan lebat pulak time ni.

Lepas berbuka terus masak rendang daging, kalau tak jadi raya pun tak apa, rendang kalau bermalam lagi sedap.

Confirm raya hari Isnin.

Daging kambing dah siap-siap basuh, lepas je pengumuman hari raya baru start menumis kari pulak.


Setel rendang dan kari kambing, goreng keropok keping Terengganu pulak untuk hidangan bersama acar timun. Goreng 2 tong tupperware je, tak habis pun 1 kg keropok.

Tepat jam 12 tengah malam 1 Syawal, bermulalah perang bunga api di taman perumahan kami. Tapi tahun ni hujan renyai-renyai. Ingatkan tak meriah bunga api, tapi rupanya sama je seperti tahun-tahun sebelum ni.

 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Keropok tu ralit makan sambil tengok TV. Hehe. Selamat Hari Raya! :)

    ReplyDelete
  2. Akak memang masak dari Ahad tu...jadi ke x jadi raya memang masak..hehehe

    ReplyDelete
  3. linda pun masak siap2 rendang dekat selayang, frozenkan, bawak balik ke kampung...malas nak berkecah2 dekat dapur MIL...hihihi...kalau dapur mak sendiri ok je...kikiki

    ReplyDelete
  4. kat my kampung pun iftar last day ramadan tu kami mkn rendang jugak heheh

    ReplyDelete
  5. aritu kt kampung pn masak 1 menu je sbb mak bz masak menu utk raya

    ReplyDelete
  6. meriah rumah dengan lampu liplap.

    ReplyDelete
  7. Keropok tu makan sambil tengok TV, cepat je habis. 😅

    ReplyDelete
  8. waahh daging kambing! samalah Ana pun sementara tggu pengumuman raya tu dah start merendang & bungkus ketupat sbb senang siapkan awal hehehe.. waduhhh keropok keping tu dua tong sekejappppp je licin! hehehe

    ReplyDelete
  9. Kerupuk kering itu saya pengen beli nanti. Saya tipe yg kalo makan hrs ada kerupuk 😄. Kerupuk apa saja suka. Untungnya di sini ada banyak Macam2 kerupuk. Tp kdg kalo ke negara lain dan ada tipe kerupuk berbeda saya suka beli

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form