Cinta Beralih Arah, Dari Pilot ke Faber Castell

Cinta beralih arah? Suspen tak?

Ini bukan tentang cinta sesama insan, ini tentang cerita saya sebatang pen. Dulu masa darjah rendah, karangan yang paling saya suka ialah karangan bertajuk "Saya sebatang pen". Ideanya meleret-leret, boleh buat pelbagai version kisah sebatang pen. Nak happy ending boleh, sad ending pun boleh. Hahaha. Zaman baru mula belajar mengarang kan?

Nak cerita tentang pen, sejak mula kerja di Kolej Komuniti tahun 2007 dulu memang saya suka pakai pen jenama Pilot ni jer. Maklumlah sejenis yang setia kan? Kalau dulu suka yang mata 0.5, tapi sejak masuk 4 series hari tu lebih suka yang 0.7 atau 10. Ahahaha. Begitulah, berbelas tahun pakai pen ni, akhirnya cinta beralih arah pulak dah.


Sekarang ni sejak direkomen si anak dara Iman, saya jadi suka ke pen Faber Castell (FC) ni. Inknya jenis gel, so output tulisan lebih kurang sama dengan ink pen Pilot, bagi sayalah. Kalau sebelum ni nak sign something mesti nak Pilot 10 jugak, sekarang FC 0.7 pun dah ok. Yang penting pen FC ni murah dari Pilot. Beli sekotak terus, anak-beranak boleh guna. 

Begitulah, setiap warna pen ada kisahnya, ada cerita dan fungsinya ya. Semestinya yang warna gold tu bukan untuk urusan rasmi.




 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. saya pengguna tegar FC, tak kisahla mana-mana pattern pun.
    pilot pun guna juga utk melukis atas planner. planner buat sendirikan? hiii... jika matanya patah, mmg sajaaa mengundang amarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh pengguna tegar ya cha... terbaeklah

      Delete
  2. sama lah..saya pun suka guna pen faber castell nisekarang sejak anak dara saya rekomenkan...macam lancar ja tulisan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... sy try sekali bila anak dara rekomen terus jatuh hati

      Delete
  3. kebetulan ari ni MZ ada beli pen jugak, pen dakwat basah tu brand pilot, rege RM7.90 gak laaa

    ReplyDelete
  4. yeayy Ana pun pengguna tegar FC jugak tak kira utk urusan apa pun hehehe

    ReplyDelete
  5. Pilot best pensel mekanikalnya. Memang wajib ada dalam pencil case.

    ReplyDelete
  6. Kalau ammi setiap pen biasanya 0.7. Tak suka pakai yg 0.5 sbb mcm tajam nau hasil tulisan. Skrg ni di office, utk tulis biasa mmg pakai FC tp for signing ammi masih prefer Pilot.

    Kalau mechanical pencil and leads ammi dr dulu setia dgn pentel.

    ReplyDelete
  7. Oh FC LBH murah dari pilot? Saya pikir lebih mahal, sebab pensil warna dia agak mahal kan.

    Dulu zaman kerja di HSBC saya selalu kalungkan pulpen di leher 🤣. Krn memang selalu dipakai. Dan pulpen ini suka hilang di kantor. Kita sampai joking sesama teman kantor, di bank itu kalo letak duit ratusan milyar pun tak hilang. Tapi pulpen sebijiiii, bisa hilang sekejab 🤣🤣🤣. Makanya kami banyak yg gantung di leher. Siap kasih nama lagi 😄

    Skr dah resign, memang jarang sangat sentuh pulpen

    ReplyDelete
  8. Masa saya belajar dulu suka sangat guna Pilot tapi Pilot ni saya tak guna masa exam sebab bila kena air, ink dia akan meresap je. Faber Castell pula anak suka untuk untuk tulis nota dan masa exam.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form