Awal pagi raya ke-2 saya main masak-masak lagi. Kali ni masak ayam masak merah berkismis. Untuk add on menu rendang daging dan kari kambing yang dimasak untuk hari raya pertama.
Selepas subuh saya terus goreng ayam sebelum menumis pes masak merah. Ayamnya saya dah defrost awal dah sebelum masuk tidur malam sebelumnya. Untuk masak merah ni, saya guna kismis kuning yang diblend untuk dicampur dalam pes so kuahnya pekat-pekat ada rasa masam manis kismis. Lebihkan gulapong jugak supaya balance rasa manisnya.
Menu hari raya ke-2, kari kambing, rendang daging.
Ayam masak merah, kuah kacang (beli dengan sate)
Ketupat lemak, lemang dan sate ayam dan daging.
Menu mee jawa ni saya order je. Bila dah ada sate dan kuah kacang, jadilah mee jawa special.
Tadaaa... nasi minyak jer lupa ambik gambar. Insya Allah, tahun depan umur panjang kami beraya di rumah baharu pulak.
Ada buah-buah untuk pencuci mulut jugak.
Antara tetamu terawal, selalunya yang terawal memang akan bergambar. Selebihnya memang dah kelam-kabut dah.
Ini je yang sempat bergambar, anak buah mak (tudung kuning) dan keluarga, kawan Awan dan keluarganya dan juga BFF saya zaman sekolah, anak-anaknya takde dalam gambar. Oleh sebab dalam rumah dah penuh, bergambar depan pintu pun jadilah.
Ipar-duai (adik beradik Encik Suami dan anak-anak buah) pun semua berkumpul jugak. Tapi diorang ni suka datang lambat sebelah malam, bila dah malam memang lah rumah dah ramai dengan kawan-kawan dan saudara-mara lain lagi. Tapi begitulah setiap tahun, kalau boleh kita nak la adik-beradik datang awal, ada lah masa bersembang, bergambar. Bila dah malam, orang ramai, jadi tak terlayan pulak, nak sembang lama pun payah. Masa raya ni masa nak bersembang je sebenarnya, dah jarang jumpa kan? Masa raya ni lah masa untuk berkumpul dan bersembang.
Sebab tu lah dalam sehari kalau beraya dalam 4-5 buah rumah je dapat, sebab lama bersembang di satu rumah, belum lagi kalau area jem, memang masa habis atas jalan raya je. Musim raya ni memang sana-sini je jalan jem, especially area kampung dan taman perumahan orang Melayu. Kalau tak jem, bukan raya lah. Kawasan tanah perkuburan pun jem. Hehehehe.
iye betul tu kak mim, waktu hari raya ni je lah ada peluang nak dpt berkumpul & bersembang mcm2 topik sbb waktu lain susah nak dpt cuti utk berkumpul.. tp tu lah kdg2 bila dah tetamu ramai dtg mmg kelam kabut
ReplyDeleteSbb tu sy kurang prefer open house, x terlayan tetamu kalau dh ramai, tujuan kita nk sembang sbb lama x jumpa
DeleteSedapnya ayam masak merah, pernah dengar juga ada letak kismis, ada juga letak kurma.
ReplyDeleteTaqobbalallahu minna waminkum.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya KM.
Ye kak.. kalau daging masak hitam kami blend kismis hitam, mmg resepi sini mmg letak kismis utk masak merah dan masak hitam
DeleteMasa kami bertandang di Kuching rumah mak kepada biras ammi, kami dihidang dgn mee jawa juga. Adakah itu antara fav org kuching?
ReplyDeleteBtw, slamat hari raya KM.
Mee jawa ni mcm mee kolok & laksa sarawak jugak.. antara menu bekfes yg popular di sarawak.. selalu open house akn jd menu pilihan, mee jawa atau laksa sarawak, mmg org x serve mee kolok ms hari raya 😂
DeleteSelamat hari raya ammi
mencari inspirasi menu menjamu tetamu. kitanya tak pandai masak bebanyak, berkicap gakla nak buat semua sesorang. kena kerah esisten.
ReplyDeletekita pun tak buat open house, datang keluarga demi keluarga leh sembang lama.
meriahnya menu kakmim..saya tengah fikir menu juga ni untuk tetamu weekend ni,boleh ambil idea tengok menu kakmim
ReplyDeleteselamat hari raya kakmim..maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa
meriah tu bila dari pagi sampai ke malam.
ReplyDeleteAkak tak berani jemput ramai.. biasa batch by batch je.. samada keluarga sendiri atau kawan-kawan office husband.
Wah...menarik letak kismis....kena try ni...
ReplyDeleteAduh teringinnya ketupat lemak tu
Itu serunya kalau raya kan. Kota besar macam KL pasti sepi, sebaliknya kota2 lainnya ramaaaai dengan banyak yg mudik. Kdg memang habis masa di jalan 😄
ReplyDelete