Cerita 1 Syawal 2025

Cerita pagi raya, macam biasa kami berkumpul di umah mertua dulu walaupun FIL dan MIL dah takde. Tapi ada 1 keluarga adik ipar je yang ada, yang lain-lain masih di rumah mertua masing-masing. Sekejap ke kami di sana then terus gerak ke rumah mak pulak. 
 
Adik-beradik Encik Suami, 2 orang adik ipar je yang available.

Di rumah mak, bapak sempat lagi buat sagu gulapong untuk cucu-cucu dia.

Kemudian kami ke rumah nenek pulak, semuanya dalam 1 kawasan yang berdekatan, tak sampai 30 minit driving, cuma rumah nenek di area kampung. Kami bawak potluck dan buat tahlil untuk arwah tok aki.

Raya pertama tanpa arwah tok aki. Cucu dan anak menantu. Ada 2 keluarga cucu dan cicit takde dalam gambar.

Bersama anak, cucu dan cicit arwah tok aki.

Eh, eh, kakak Iman acah-acah jadi MUA pulak dah. Habis la kazennya kena 'conteng'.


Tahun 2025 sempat bergambar di studio. Tema famili tahun 2025, olive gold.

Saya tak sempat lagi nak khatam blogwalking ke blog korang. Al-maklum baru masuk ofis. Saya pulak sejenis suka baca blog guna pc, lagi puas mata memandang, sebab tu bila cuti saya senyap je. Kalau update blog pun guna henfon. Itu pun update je, nak blogwalkingnya tak ada.

Err. Ada tak yang sama tema keluarga kami tahun ni? Hihi. 





 

19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Cantik, tema olive gold...Selamat Hari Raya Sis

    ReplyDelete
  2. nice la kaler olive gold tu..rare!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib dpt carik semua sedondon MZ 😂😂

      Delete
  3. cantik tema tu kakMim, warna have-have. dulu-dulu, kami suka one family one colour. lately dah astetik katanya, warna pun kena senada bagai.
    selamat hari raya kakMim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow ada pulak warna have-have ek.. ahahaha.. selamat hari raya cha

      Delete
  4. mcm tak nampak kaler nie waktu jalan2 raya...rare nie...hitam banyak lah...hihihi

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya, Mim sekeluarga. Betullah, blogwalking guna pc baru cerah mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya kak SK!! Kan? Br semangat menaip komen

      Delete
  6. agak rare nak nampak orang pakai kaler ni... hehehe.. selamat hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn br perasan.. x ramai yg upload gambar famili guna kaler ni.. hihi.. selamat hari raya

      Delete
  7. wahhhh olive gold cantik! Ana pun olive jugak tahun ni tp sebab Mak & Abah sedih cucu tak balik, jd takde begambar raya tahun ni hukhukhuk

    ReplyDelete
  8. Ammi kurang nampak org dgn warna olive. Banyak yg guna sage green, mujur kami pakai warna sage ni tahun 2022 ahaks.

    Btw, KM kalau edit gamba pakai apps apa? Ammi pun nak letak watermark tp apps ammi guna cuma boleh letak tulisan biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ramai yg pakai sage green thn ni.. sini pn sama jugak..

      Sy pakai app phonto ammi.. app tu boleh add image so sy edit siap2 watermark dlm format image di canva, nnt tgl add image je dlm phonto

      Sy penah buat entri psl phonto ni dlu.. cer singgah sini ammi:
      https://www.kakmim.com/2023/01/cara-mudah-masukkan-watermark.html

      Delete
  9. Cantik kaler olive gold ni.. kiranya bukan kaler awam 😁 sebab macam tak pernah jumpa pulak.
    Akk pun sama kalau update atau BW mmg guna laptop tapi buat kat rumah lah.. itu sebab bila cuti akan blast entry.

    ReplyDelete
  10. Raya Sarawak memang meriah katanya..Teringin nk rasa suasana raya Sarawak..Selamat Hai Raya k.mim...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  11. Cantiiik warna gold ini kak ❤️❤️. Panduannya olive dan putih pula 👍👍.

    Ramaaaai bisa kumpul dengan banyak keluarga dan saudara yaaa. Keluarga saya sebenarnya ramai. Tp kamu tersebar di banyak pulau 🤣. Dan terkadang lebaran memang bukan waktu yg pas utk kami kumpul.

    Jadi kalo gathering selalunya bukan di saat raya. Jadi sepi lah raya kemarin 😅

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form