Berbuka Puasa di Hikmah Exchange Event Centre

Jumaat Ramadhan terakhir, kami sekeluarga berbuka di luar, di Hikmah Exchange Event Centre. Adik yang no 4 belanja, dia mengajar di Kapit so tunggu cuti sekolah barulah berbuka bersama, itu pun hari terakhir. Saya dan Encik Suami pun dah mula bercuti jugak hari Jumaat 28 Mac 2025 yang lalu.

Bertemakan Nostalgia Kampungku, semua lauk-pauk dan juada berbuka pun menu kampung. Macam-macam ada. Selain ada buffet berbuka puasa, di sini juga ada bazaar ramadhan dan juga bazaar hari raya, yang menjual pelbagai kelengkapan dan baju-baju raya. Sebab tu lah semuanya 1 stop center, semua ada.

Sampai awal, sempat la bergambar di photo booth yang bertemakan kampung jugak.

Bila sampai awal, staf guna props untuk bergambar, mungkin sebab hari terakhir kan? So props kami tak lengkap. Bila dah nak balik, budak 4 orang ni dah taknak tunggu Q bergambar di sini, props di sebelah lobi.

Booth di luar entrance.

Strategik sangat lokasi meja kami, berhadapan dengan stesen menu panggang/BBQ.

Penuh meja, sebelahnya meja YB dan famili

BBQ/panggang-panggang station

Pelbagai variasi kerabu



Meja bebudaks

Semua sejenis makan nasi dulu, tak main la nasi putih bila buffet kan? Bebudak begitulah

Apalah 2 beradik ni buat?

Kerabu pilihan saya

Telor sotong MLCA, udang & ayam BBQ


Ada ABC station tapi sendiri pilih, bebudak ni pilih cincau, agar-agar dan jagung je

Garlic bread & sup merah kambing

Laksa Sarawak

Meja orang-orang senior dan warga emas

Murtabak macaroni

Rare.. bagus inovasi ni

Chocolate fountain

Cukup 5 beradik perempuan, sorang adik lelaki tak dapat join sebab berbuka dengan keluarga tunangnya.

Saya, mak & bapak

Sebelum balik, sempat lagi bergambar di luar.





7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Mesti seronok dapat makan macam ni sekali-sekala.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, memang seronok dapat berbuka puasa bersama keluarga besar. Pilihan makanan nampak menarik dan sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  3. tahun ni saya tak berbuka puasa di luar pon, takde org nak belanja... hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau dah terbiasa berbuka dgn nasi pegi mn pun akan cari nasi juga kannn wpn bln nasi putih

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..best dapat berbuka dengan keluarga ramai-ramai walaupun payah nak lengkap semuanya. Paling seronok makan buffet ni dapat rasa berjenis-jenis makanan.

    By the way, Selamat Hari Raya KakMim dan keluarga. Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
  6. Happy kalo bisa berkumpul sekeluarga begini, walau belum lengkap formasi ya kak 😄. Dah ramai juga tapi. Makanan juga banyak pilihan 😍😍

    ReplyDelete
  7. sedap2 makanannya tu.. nengok telur sotong MLCA tu menggoda sungguh.
    Tahun ni kami tak dapat slot untuk berbuka kat luar... baru 2 hari puasa sudah penuh pakej yang ada penginapan. Situ je murah... yang lain tak harga tak logik 😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form