Jumaat Ramadhan terakhir, kami sekeluarga berbuka di luar, di Hikmah Exchange Event Centre. Adik yang no 4 belanja, dia mengajar di Kapit so tunggu cuti sekolah barulah berbuka bersama, itu pun hari terakhir. Saya dan Encik Suami pun dah mula bercuti jugak hari Jumaat 28 Mac 2025 yang lalu.
Bertemakan Nostalgia Kampungku, semua lauk-pauk dan juada berbuka pun menu kampung. Macam-macam ada. Selain ada buffet berbuka puasa, di sini juga ada bazaar ramadhan dan juga bazaar hari raya, yang menjual pelbagai kelengkapan dan baju-baju raya. Sebab tu lah semuanya 1 stop center, semua ada.
Sampai awal, sempat la bergambar di photo booth yang bertemakan kampung jugak.
Bila sampai awal, staf guna props untuk bergambar, mungkin sebab hari terakhir kan? So props kami tak lengkap. Bila dah nak balik, budak 4 orang ni dah taknak tunggu Q bergambar di sini, props di sebelah lobi.
Booth di luar entrance.
Strategik sangat lokasi meja kami, berhadapan dengan stesen menu panggang/BBQ.
Penuh meja, sebelahnya meja YB dan famili
BBQ/panggang-panggang station
Pelbagai variasi kerabu
Meja bebudaks
Semua sejenis makan nasi dulu, tak main la nasi putih bila buffet kan? Bebudak begitulah
Apalah 2 beradik ni buat?
Kerabu pilihan saya
Telor sotong MLCA, udang & ayam BBQ
Ada ABC station tapi sendiri pilih, bebudak ni pilih cincau, agar-agar dan jagung je
Garlic bread & sup merah kambing
Laksa Sarawak
Meja orang-orang senior dan warga emas
Murtabak macaroni
Rare.. bagus inovasi ni
Chocolate fountain
Cukup 5 beradik perempuan, sorang adik lelaki tak dapat join sebab berbuka dengan keluarga tunangnya.
Saya, mak & bapak
Sebelum balik, sempat lagi bergambar di luar.
Tags
Ramadhan
Mesti seronok dapat makan macam ni sekali-sekala.
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang seronok dapat berbuka puasa bersama keluarga besar. Pilihan makanan nampak menarik dan sedap-sedap belaka.
ReplyDeletetahun ni saya tak berbuka puasa di luar pon, takde org nak belanja... hahaha
ReplyDeletekalau dah terbiasa berbuka dgn nasi pegi mn pun akan cari nasi juga kannn wpn bln nasi putih
ReplyDeleteAlhamdulillah..best dapat berbuka dengan keluarga ramai-ramai walaupun payah nak lengkap semuanya. Paling seronok makan buffet ni dapat rasa berjenis-jenis makanan.
ReplyDeleteBy the way, Selamat Hari Raya KakMim dan keluarga. Maaf Zahir & Batin.
Happy kalo bisa berkumpul sekeluarga begini, walau belum lengkap formasi ya kak 😄. Dah ramai juga tapi. Makanan juga banyak pilihan 😍😍
ReplyDeletesedap2 makanannya tu.. nengok telur sotong MLCA tu menggoda sungguh.
ReplyDeleteTahun ni kami tak dapat slot untuk berbuka kat luar... baru 2 hari puasa sudah penuh pakej yang ada penginapan. Situ je murah... yang lain tak harga tak logik 😁