Abang Daftar Sekolah Sama Dengan Kakak

Bismillahirrahmanirrahim.. lama pulak tak mengarang ni. Padahal baru minggu lepas last update. Semenjak 2 menjak ni memang busy jugak la. Al-maklum la dah nak hujung semester, banyak yang kena habiskan, habiskan silibus, habiskan PB, habiskan kuih raya, eh... 

Ok, ok, cerita terkini, untuk simpan di sini.

Kisah si abang register sekolah sama dengan kakak semalam. Sebelum ni abang di feeder school, masa tahun 6 lepas memang dia fokus nak masuk kolej seliaan negeri je. SBP dia taknak, tapi sebenarnya ibu yang taknak anak dok asrama. Sekolah agama seliaan negeri pun dia tak nak, sebab dia taknak belajar bahasa Arab dah. (Dulunya sekolah rendah, abang dan kakak di sekolah agama yang sama). MRSM maknya pulak tak galakkan sebab kita tau kan kemampuan anak kita. Memang tak mohon langsung. Mak paknya pun ok je, anak taknak asrama, anak taknak belajar bahasa Arab, ok je, malas nak paksa-paksa anak. Tup tup result permohonan keluar, abang tak dapat masuk sekolah sama dengan kakak untuk ambilan pertama. 2 bulan dia di feeder school, SMK yang tak berjauhan jugaklah dengan sekolah kakak. Dan akhirnya, minggu lepas baru dapat call, yang abang berjaya ditawarkan di situ untuk ambilan kedua. Lama jugaklah tunggu keputusan rayuan. SBP lain dah ambilan ketiga dah daftar sebelum raya hari tu. Tapi alhamdulillah, tercapai jugak hasrat abang nak 1 sekolah dengan kakak, dan juga 1 sekolah ibu jugaklah dulu. Hehehe. Berakhirlah dilemma ibu yang terpaksa mengadap jem 2 buah sekolah di waktu tengah hari. Pagi takde masalah sangat dengan syarat kena gerak awal je dari rumah, cuma tengah hari tu, hmm. 

Bila dapat call dari sekolah, ibu bersyukur sangat. Dan bila bila abang bagitau keputusan rayuan dah keluar, dia happy sangat. Tak putus-putus alhamdulillah keluar dari mulutnya.

Abang semasa taklimat semalam. Kami ayah ibu ambik cuti untuk bawak abang mendaftar semalam. Dalam surat tawaran sepatutnya mendaftar pada hari Isnin tapi hari Isnin kolej cuti peristiwa Easther Monday.

Masa ambik surat tawaran minggu lepas, saya sempat jadi kepochi nak tengok list nama dari kerani ofis, bukan apa saja nak tengok kalau-kalau ada kawan-kawan abang di sekolah rendah dulu yang dapat tawran jugak. Dengar-dengarnya memang ramai yang menunggu rayuan untuk ambilan kedua.  Dari list nama yang berjaya ditawarkan ambilan kedua hari tu, saya tengok senarai ada 84 nama tapi rasanya semalam tak semua terima dan mendaftar. Sebab ada juga nama yang saya tengok dah masuk MRSM dan SBP lain. Cuma semalam ada jugak budak SAKURA (SM Sains Kuching Utara) yang mendaftar di kolej. Maknya cakap anaknya tak tahan duduk asrama, so pindah keluar ke kolej bila dapat tawaran ambilan kedua. Sebenarnya kolej ni pilihan anak-anak yang taknak duduk asrama, sebab di kolej ada pilihan sama ada asrama atau harian. Zaman ibu dulu memang ramai asrama, tapi ibunya budak harian. Cuma sekarang budak harian lagi ramai dari budak asrama.

Sempat jugak la bergambar dengan cikgu Geo ibu dulu bersama batchmate ibu, yang anaknya pun sama sekolah rendah abang dulu. Cikgu ibu cakap haa sempat la dia ajar abang Geo sebulan lebih sebab 28 Mei ni dia dah pencen dah. Halah halah. Cikgu ni lah yang ibu kagum sangat dulu, dah la terer melukis, lukis map atas blackboard memang pro habis.

Apapun, tahniah abang, impian abang dah tercapai. Ini baru jer permulaan. Katanya nak mohon kelas bahasa Jepun, haa cubalah, boleh ambik ujian kelayakan tu nanti. Ayah ibu sokong je apa yang anak-anak suka dan minat. Semoga abang fokus dan dapat adapt dengan persekitaran sekolah baharu ni. Jangan cepat 'koyak' udah ler bang.

 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Saya pun kalo anak tak nak , jangan dipaksa. Sebab saya merasakan sendiri kalo dipaksa utk belajar sesuatu yg memang tak disuka, tak akan serius belajar.

    Baguus Abang mendapat sekolah yg dimau, dan sesuai keinginan. Semoga Abang jadi lebih semangat untuk belajar dan mencapai target2 yang lain ☺️

    ReplyDelete
  2. Tahniah abang dapat sekolah yang dihajati. Sekali pula dengan kakak.
    Biasanya sekolah-sekolah yang guna nama kolej ni premier.

    ReplyDelete
  3. Wah jumpa cikgu yang mengajar dahulu. Cikgu ajak pula.

    ReplyDelete
  4. Good luck abang!
    Jupa cikgu la pulak!

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Nanti senang lah nak pergi sekali ke sekolah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, sekolah sama.. senang...

    ReplyDelete
  7. tingkatan 1 dah masuk kolej...nie kira gomen ke swasta kak mim?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, tahniah abang.
    Senang dan mudah bila sekolah sama. Saya dah rasa sekolah tak sama, walaupun 2 minggu, banyak juga lah halnya.

    ReplyDelete
  9. Wah tahniah buat anak kitak! Bukan kaleng2 sekolah tok. Ramai alumni sekolah tok dah jadi org besar2 dlm Petronas.

    ReplyDelete
  10. Tahniah...dapat satu sekolah dnegan kakak lagi best

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form