Update 17 Ramadhan

Menu semalam, nasi serai, chicken chop grill, baby kailan sos tiram, daging masak kicap (frozen). 



Chicken chop tu sebenarnya isi paha ayam, plan asal nak buat ayam gunting tapi macam tak best pulak makan ayam gunting dengan nasi berperisa. So, saya marinade isi ayam tu dengan perencah nasi goreng Adabi dan honey. 30 minit je marinade then letak atas pemanggang ajaib. Mulanya nak masukkan dalam AF tapi isi ayam je, cepat la masaknya so takyah la masuk AF.

Beria Alan makan semalam, 17 hari puasa baru lah dia bertambah nasi bila berbuka. Dia cakap sedap, nasi tu ngam makan dengan daging kicap. Biasalah daging tu masak minggu lepas then frozenkan. Bila makin lama, makin sedaplah sebab dah 'mesra'.

Semalam takde kuih-muih, ada keria gulapong je dari kedai selalu beli tepi jalan, tapi hero-hero ni kreatif je, diorang makan aiskrim dengan roti lepas berbuka. Morehnya makan kolo mee yang bapak beli.

Abang moreh sorang-sorang. Lepas terawih 8 rakaat diorang akan balik rumah, malam tadi Awan dan Alan nak bermain dengan kawan baru di masjid. So diorang balik sekejap lepas tu pergi masjid balik, Abang pulak stay makan mee kolok dulu. Malam tadi raptai untuk majlis khatam hari Sabtu nanti.

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form