Tengah Masak, Gas Habis!

Begitulah, kita hanya merancang, tengah nak masak daging masak kicap semalam, gas habis pulak. Jeling tong 1 lagi, Allah! pun sama tong gas kosong rupanya, takde spare lah ni. Kita boleh berhuhuhu je lah. Ada je no orang antar gas kerumah tu, tapi malasnya nak deal dengan orang laki time macam ni, saya decide tunggu Encik Suami balik je lah untuk uruskan pembelian gas baru.

Nasib baik jugak saya ada tapau dalca daging semalam di kedai belakang ofis. Tapau nak hantar rumah mak, tapau sekalilah untuk rumah sendiri. So adalah lauk beli untuk berbuka, dalca daging dan umai obor-obor semalam. Encik Suami tapaukan KFC. Beli yang 6 ketul ayam, seketul tinggal untuk Alan bersahur. Alan ni biasalah, memilih, kalau bukan lauk dia, dia sanggup makan nasi putih je.

Hari ni plan tak masak, sebab malam tadi lepas Encik Suami beli gas saya masak daging kicap. Boleh la untuk bersahur tadi dan berbuka petang ni. Malam tadi mak siap pm kalau takde lauk sahur, pergi ambik kari daging kat rumah. Eh, semua tema daging ek.

Terima kasih, mak!!





 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Risau mak, anak cucu tak ada makanan 😄
    Seronok duduk berdekatan dengan keluarga, boleh saling bantu.

    ReplyDelete
  2. alala...comel je baca msg mak tu...
    umai obor-obor tu, memang obor-obor yang jellyfish tu ke?

    ReplyDelete
  3. berlaku juga baru2 ni time 3 ramadhan tp nasibaik ada periuk noxxa so tumis bahan2 dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms ni memang terpikir kn bagus kalau ada noxxa.. tp itulah beli tp jarang pakai menyemak pulak kat umh

      Delete
  4. Kita paling risau gas habis masa nak masak bulan puasa, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni x perlu risau dh masak mlm raya nnt.. hihi

      Delete
  5. paling risau gas habis.. tp kalau ada induction cooker ok lagi ada back up hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ana.. sy x ada semua tu, mmg menahan diri dr nk beli tp time emergency mcm ni mmg berguna kan

      Delete
  6. Pernah jadi jugak. Masa tu pulak nak masak untuk Raya, Alhamdulillah pakcik gas hantar cepat.

    ReplyDelete
  7. Gas habis time masak, dapat pula yang spare pun kosong gak… memang haru hihihi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form