Selamat Mencari Keberkatan Ramadhan

Alhamdulillah, 3 Ramadhan dah. Selamat berpuasa ya semua. Bulan puasa ni biasalah bulan yang sibuk, terasa singkat sangat masa di bulan Ramadhan. Kalau boleh semua kita berlumba-lumba mencari keberkatan bulan Ramadhan ni dengan amalan-amalan yang disunatkan Allah SWT.

Alhamdulillah, masuk tahun ke-3 Abang tadarus di masjid, dan tahun pertama bagi Awan, Alan dan Kakak join tadarus. Awan hari Jumaat lagi dah excited nak terawih & tadarus. Lepas pengumuman puasa dia frust sebab 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad. Macam biasa lah, budak-budak akan diagihkan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan ada seorang ustaz atau ustazah yang akan memantau bacaan mereka. Bak kata Abang, malam tadi dah baca juzuk 5 dah. Rasanya 2 minggu dah boleh khatam dah ni.

Baru merasmi jubah yang dibeli nenek masa umrah tahun lepas. Ngam-ngam semua, tahun lepas macam masih labuh lagi.

Menu hari pertama puasa. Menu biasa je macam hari-hari biasa, tapi feelingnya luar biasa, mungkin sebab hari pertama puasa kot. Ayam masak kicap, kobis masak lemak, telur masin. Alan request ayam goreng seringgit dan desert super fruit nanas.

Menu semalam, menu simple je, ikan tenggiri goreng cicah kicap pedas dan sayur bayam tumis udang. Mak bagi ayam masak kuning. Buah anggur untuk desert.

So far belum lagi ke bazaar. Area rumah mak memang tak boleh dirapat sebab bazaar depan lorong rumah mak je. Macam biasalah setiap tahun, nak buka puasa ke rumah mak memang kena gerak awal sebab nak masuk lorong pun dah jem.

Korang pulak macam mana? Dah jejak kaki ke bazaar ramdhan ke? Korang buka puasa makan kuih ke makan nasik macam dinner biasa?









14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga mendapat keberkatan sepanjang beribadah di bulan Ramadan Kareem.

    ReplyDelete
  2. selalu nya, ke bazar sebab nak beli air je..tapi, husband lah pergi dengan anak-anak...linda is malas nk bersiap..

    ReplyDelete
  3. Selamat menjalani ibadah puasa buat Mim dan keluarga....akak punya menu macam biasa la jemput tengok di blog ye..just peringatan kena kuat semangat tengok menu akak

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa, Kakmim seisi keluarga.
    Saya belum lagi ke pasar ramadan. Buka puasa macam biasa, kena ada nasi. Ala kadar, lauk masak dari rumah.

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa kak mim sekeluarga.. Ana slaah sorang manusia yg berbuka puasa tak makan nasi.. Ana mkn buah2 / kuih / mee & the geng hehehe

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa buat Kakmim dan anak² 🫶🏻
    Sy pun menu biasa² je setiap hari pun... Janji ada nasi, anak² okay dah
    Belum lagi ke bazar, dah 1 hari hujan lepas Asar. Alhamdulillah sejuk sikit cuacanya

    ReplyDelete
  7. kami bukak puasa biasanya mkn nasi dan lauk2 simple, time sahur mkn roti. so far tak gi bazar lagi, just beli lauk2 kat stall area sri gombak tu

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan ramdhan kali ini.

    Jemput singgah :Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih

    ReplyDelete
  9. Kita buka puasa dinner macam biasa setakat ni. Nak ke bazar tu memang bercinta sangat.

    ReplyDelete
  10. Salam Ramadan Kak Mim & family. Semoga amal ibadah kita di bulan ini diterima Allah swt.

    ReplyDelete
  11. Belum ada kluar saya sampai hari ini kak 😄. Ntahlah macam tak nak kluar. Apalagi jakarta lagi hujaaan saja. Sebenarnya kasian juga dengan yg jualan JD sepi pembeli.

    Biasanya saya berbuka dengan air hangat + sesendok apple vinegar. Lalu Greek yoghurt plain + madu.

    Sholat magrib dulu baru makan malam biasa.

    ReplyDelete
  12. Belum gik jejak bazaar tok. 😂

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form