Hari ini dah 24 Ramadhan dah. Sekejap je rasa masa berlalu, rasa nak diulang balik ke 1 Ramadhan. Camne persiapan korang di minggu terakhir Ramadhan ni? Minggu last ni makin malas pulak masak. Nak beli pun tak tau nak beli apa, so saya masih lagi refer cadangan menu yang pernah share dulu. Buat je la mana yang belum buat.
Isnin-Selasa balik kerja terus ambik Awan Alan KAFA. Keluar opis jam 4 then terus gerak ke sekolah Awan Alan, ngam-ngam 4.30 sampai di sekolah. KAFA pun habis 4.30 bulan puasa ni. Setelah hujan sehari-hari pada hari Ahad yang lepas, semalam Isnin panas giler.
Kesian balik KAFA semua ketiduran. Entah la kenapa semalam tak tukar baju uniform KAFA, biarlah. Actually 3/4 #theIMANs dalam kereta tapi semua tidur di lokasi masing-masing. Abang sorang je balik sekolah Ayah hantar ke rumah, Kakak Ibu ambik bawak ke ofis sebab semalam ada buat kelas ganti tak sempat nak hantar ke rumah.
Sampai rumah je solat then tido sekejap, ibunya pun mengantuk sebab cuaca panas kot. 5.30 baru start masak. Semalam buat soft tofu with minced beef, chewahh nama omputih sangat. Terlebih kicap manis jadi gelap pulak kuahnya. Daun bawang takde untuk ditabur di atas tu tapi no hal, kalau ada pun takde sape nak makan pun. Elok jadi hiasan je nanti.
Ayam goreng wajib untuk Alan, nasi goreng isi ikan goreng lebihan berbuka hari Isnin. Buat pedas, pergh sedapnya. Itu je lah lauk berbuka kami, oh ya nasi putih pun ada.
Homemade burger untuk moreh, yang special ada telur ibu punya. Hihi.
Beef cheese untuk Awan. Alan beef burger saja, baki 3 lagi untuk sahur pagi tadi.
Lepas makan laksa Sarawak, makan burger pulak.
Makin dekat nak raya ni, perasan tak menu berbuka dan sahur kita makin simple? Hehehe.
nak balik kampung...nak kosongkan peti aias...kikiki
ReplyDeletetinggal beberapa hari jer lagi kita nak menyambut syawal ni
ReplyDeleteBetul Kakmim, takde idea nak masak dah. Dan mmg menu makin hari makin simple :D
ReplyDeleteNasi goreng tu nampak sedap.. Memang nampak macam nasi goreng mak-mak yang buat.
ReplyDeleteSoft tofu tu sedapnya. Nak try la buat. Semua pun sedap.
ReplyDelete