Ramadhan Semakin Menjauhkan Diri

Hari ini dah 24 Ramadhan dah. Sekejap je rasa masa berlalu, rasa nak diulang balik ke 1 Ramadhan. Camne persiapan korang di minggu terakhir Ramadhan ni? Minggu last ni makin malas pulak masak. Nak beli pun tak tau nak beli apa, so saya masih lagi refer cadangan menu yang pernah share dulu. Buat je la mana yang belum buat. 

Isnin-Selasa balik kerja terus ambik Awan Alan KAFA. Keluar opis jam 4 then terus gerak ke sekolah Awan Alan, ngam-ngam 4.30 sampai di sekolah. KAFA pun habis 4.30 bulan puasa ni. Setelah hujan sehari-hari pada hari Ahad yang lepas, semalam Isnin panas giler.

Kesian balik KAFA semua ketiduran. Entah la kenapa semalam tak tukar baju uniform KAFA, biarlah. Actually 3/4 #theIMANs dalam kereta tapi semua tidur di lokasi masing-masing. Abang sorang je balik sekolah Ayah hantar ke rumah, Kakak Ibu ambik bawak ke ofis sebab semalam ada buat kelas ganti tak sempat nak hantar ke rumah.


Sampai rumah je solat then tido sekejap, ibunya pun mengantuk sebab cuaca panas kot. 5.30 baru start masak. Semalam buat soft tofu with minced beef, chewahh nama omputih sangat. Terlebih kicap manis jadi gelap pulak kuahnya. Daun bawang takde untuk ditabur di atas tu tapi no hal, kalau ada pun takde sape nak makan pun. Elok jadi hiasan je nanti.

Ayam goreng wajib untuk Alan, nasi goreng isi ikan goreng lebihan berbuka hari Isnin. Buat pedas, pergh sedapnya. Itu je lah lauk berbuka kami, oh ya nasi putih pun ada.

Homemade burger untuk moreh, yang special ada telur ibu punya. Hihi.

Beef cheese untuk Awan. Alan beef burger saja, baki 3 lagi untuk sahur pagi tadi.

Lepas makan laksa Sarawak, makan burger pulak.

Makin dekat nak raya ni, perasan tak menu berbuka dan sahur kita makin simple? Hehehe.



 

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. nak balik kampung...nak kosongkan peti aias...kikiki

    ReplyDelete
  2. tinggal beberapa hari jer lagi kita nak menyambut syawal ni

    ReplyDelete
  3. Betul Kakmim, takde idea nak masak dah. Dan mmg menu makin hari makin simple :D

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng tu nampak sedap.. Memang nampak macam nasi goreng mak-mak yang buat.

    ReplyDelete
  5. Soft tofu tu sedapnya. Nak try la buat. Semua pun sedap.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form