Rahsia Rajin Masak Tiap Hari

Bulan puasa ni saya ambil pakej bahan mentah Ramadhan daripada seller di taman saya. Saya ambik pakej 40 box terus. So setiap minggu saya akan pilih bahan mentah sebanyak 10 box. Begitulah.. senang. Lagipun semua dah siap siang dan bersihkan, tinggal masuk peti dan defrose bila nak masak. 


Listing bahan mentahnya ada banyak, jangan risau, kita just pilih je.

Pilihan ayam

Pilihan seafood

Pilihan fresh frozen seafood

Cuma ayam je saya tak beli dari seller ni. Ayam selalunya saya beli ayam ekor yang fresh di pasar minggu. Siap potong dan bersih jugak. Hahaha. Ambik yang memudahkan diri sendiri je. Selalunya Encik Suami akan pergi pilih ayam, sementara seller tu potong dan bersihkan kami pergi beli sayur-sayuran dan buah-buahan. Begitulah rutin mak-mak dan pak-pak.


Tapi seller di taman saya ni, kalau nak beli timbang kilo pun ada jugak especially kalau ada ikan, udang, sotong yang baru naik, selalunya malam dia akan update, so kita booking awal, keesokkan harinya kita self collect atau bagi yang jauh kena guna Grab Express. Kalau beli timbang kilo, dia tak sianglah. Minggu lepas ada salmon baru sampai dan hanya ada limited box. Saya grab la jugak sebox. Sebox ada 3 hiris, RM20. Semalam baru buat salmon ni, marinade dengan garam, black pepper, oregano leave & olive oil. Guna je lah apa yang ada di rumah. Lepas 30 minit, letak atas frying pan, grill sampai garing. Sumpah sedap, takde bau hanyir. Sebelum ni pernah grill salmon, baunya ya ampun, masa tengah grill, kuat je bau hanyir salmon.

Salmon grill

3 hiris lagi kita tuang homemade sos sikit. Lepas salmon masak dan agak garing, guna frying pan yang sama, tumis bawang putih yang telah dicincang. Tambah olive oil, lepas naik bau, tuang kicap sushi peket, kebetulan ada kat rumah. Perah setengah biji lemon dan sedikit madu. Wallah!! Sedap jugak.

Lauk berbuka 16 Ramadhan. Ayam goreng, salmon grill, tulang ayam + hati ayam + kacang panjang tumis kari. Alhamdulillah, seadanya.



 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sedaap banget itu menu berbuka puasanya...lezat... Memudahkan emak"masak di tengah kesibukan ya kak 😃

    ReplyDelete
  2. Bagus juga kalau ada yang buat macam ni.. Senang nak bajet untuk membeli barang basah.

    ReplyDelete
  3. Senang betul tu kalau bahan mentah dah siap bersih tinggal nak masak je.

    ReplyDelete
  4. waaa sgt2 convenient la ada pakej gini!

    ReplyDelete
  5. waahhhhh mudahnya ada pakej cmni kak mim! utk ibu-ibu bekerja mmg best sgt ada pakej ni. mudah keje hehe

    ReplyDelete
  6. Senang kerja kalau macam ni... Kadang masak tu kejap je tapi nak prep bahan dan nak cari idea memasak tu yg lambat 😁

    ReplyDelete
  7. Senangnya pakej bahan mentah macam ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form