Program Ihya Ramadhan & Berbuka 19 Ramadhan

Semalam kami ada program Ihya Ramadhan di kolej. Dari pagi dah start merewang. Semua staf terlibat, pelajar hanya JPP yang jadi AJK memasak, yang lain tetap masuk kelas. Menu semalam bubur lambuk (ayam dan daging), nasi beriani dan dalca ayam. Dah la cuaca sekarang ni selalu hujan, nasib baik masa kami start masak hujan berhenti, cun setel masak, periuk semua dah bawak masuk ke dalam untuk proses pengagihan, hujan pun turun semula walaupun tak lebat. 

Bubur lambuk dan nasi beriani ketua chefnya ialah tuan Pengarah kami sendiri.

Yours truly macam tahun lepas jugak AJK dalca ayam.

Periuk kecil untuk bubur lambuk ayam sebab ada juga staf yang tak makan daging.


Semua pelajar dan staf dapat 1 box bubur lambuk ayam, 1 box bubur lambuk daging, nasi beriani dan dalca ayam seketul. So menu berbuka semestinya ada dalca ayam dan nasi beriani. Saya cuma goreng ikan tenggiri masin dan tumis kacang bendi. Eh, lupa ada ayam panggang jugak.

Ayam panggang Encik Suami beli di tempat biasa kami beli, yang memang berjual setiap hari. Encik Suami cakap jadi menu nasi beriani ayam panggang pulak. 


Ikan tenggiri masin ni kena cicah perahan limau kasturi dan cili. Adui, memang gu dengan kuah dalca ayam tu. Sehiris sorang untuk Ayah, Ibu dan Iman. Ahahaha.

Lepas berbuka repeat keria gulapong semalam. Sebab kelmarin Awan cakap keria ni sedap so dia pesan Ayah suruh beli lagi. Pastu dia cakap kenapa makin sedap pulak keria ni. Ehehehe. 2 hari berturut-turut dah beli keria di kedai yang sama. Ahhhh... siap. Jadi regular customer pulak seminggu terakhir Ramadhan ni.

Moreh laksa Sarawak, makin sedap pulak laksa orang ni, sambal dia memang pedas mengancam. Menu moreh setiap malam. Ahahaha. 

Tengok la hari ni, ada lagi tak yang request laksa Sarawak untuk moreh.






 

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. meriah merewang ramai2 tu...kt opis pn ada AJK kelab buat bubur lambuk smlm

    ReplyDelete
  2. waahhhhhh meriahnyaaaa merewanggg! aaaaaaa laksa sarawakkkk!

    ReplyDelete
  3. Ikan tengiri masin tu paling sedap perah limau. Makan nasi panas2 tak payah lauk lain dah.

    ReplyDelete
  4. Wah meriah betul tu ....Bulan puasa akan yeringat Bubur Pedas Sarawak..Dah lama tak merasa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form