Tengok apa yang saya beli di bazaar semalam?? Bubur butir nangka gais! Ahaha. Memang target nak cari bubur je. Tau dari FB yang ada stall yang jual pelbagai jenis bubur di bazaar yang saya pergi semalam.
Sedapnya, lama tak makan. Last makan masa buat sendiri zaman puasa PKP dulu. Zaman PKP dulu memang semua pun buat sendiri. Semua auto pandai. Sekarang semua auto malas dah. Haha!
Rambang mata tengok pilihan bubur. Bubur pulut hitam, bubur barli, bubur cha cha, bubur kacang, bubur labu + sagu, bubur pengat pisang. Adoi semua rasa nak beli. Tapi saya tapau 4 jenis bubur je, untuk bagi rumah mak dan rumah adik. 2 lagi untuk rumah sendiri.
Actually ada banyakkkkkk lagi bazaar yang jual juadah berbuka tahun ni area Kuching/Kota Samarahan. Dah nama bazaar ramadhan, memang manusia macam semut. Semalam saya dan Encik Suami je yang pegi dating. Dah semua takmo ikut. Tapi kami ke bazaar di Hikmah Exchange ni agak awal, dalam jam 2 petang sebab nak cuci mata di bazaar aidil fitri jugak.
Yang bestnya bazaar di Hikmah Exchange ni, tempatnya agak terasing, ada parking di basement. Dan bazaar aidil fitri pulak ada ekon. Nak ronda lama-lama pun tak panas.
Bazaar ramadhan, stall semua jual makanan yang berlainan.
Meriah jugak, walaupun takdelah banyak stall macam di bazaar lain.
Panipuri pun ada tapi tak beli. Takut takde orang nak makan sebab Encik Suami macam tak berminat je.
Bazaar aidil fitri di tingkat 3 bangunan Hikmah Exchange ni.
Not bad jugak baju-bajunya, ada pelbagai range. Tapi saya tak beli pun, baju semua dah setel dah beli online.
Takpe ramai, ada ekon. Selesa.
Biskut dan kerepek pun macam-macam ada.
Tingkat 2 aneka biskut, tingkat 3 baru baju-baju, tudung dan sampin.
Banyak jugak vendor. Tapi saya takde beli apa pun.
Alhamdulillah, masih bertahan mengawal nafsu. Tapi Encik Suami beli jugak tart nenas dan murukku. Untuk moreh katanya. Haha.
sedapnya butir nangka!! MZ gi bazar kat kg MZ selama 2 hari berturut2 ie jumaat dan sabtu. alhamdulillah
ReplyDeleteLama tak singgah sini, selamat berpuasa Kak Mim!
ReplyDeleteseronok berjalan berdua nie...hihihi...sennag nak cuci2 mata
ReplyDeleteMA belum lagi ke bazar tahun ni, maybe hujung2 nanti ke..time dah x de mood nak masak ke ..mana tau kan
ReplyDeleteSaya biasa juga ke bazar, cari kuih-muih.
ReplyDeleteBagus bazar raya nya, dalam tempat aircond, baru selesa nak menyopping. Berapa satu balang tart nanas, Kakmim? Sini saya tengok di bazar raya, RM32. Langsung tak jadi beli.
ReplyDeletesaya kalau jumpa orang jual bubur pun boleh rambang mata,macam nak beli setiap jenis
ReplyDeletewaaahhhh nampak sedap bubur butir nangka tu kakmim! Ana blm jejak kaki ke bazar ramadhan lagi hehe
ReplyDelete