Pagi Yang Tenang, Santai

Salam Nuzul Al-Quran. 
17 Ramadhan dah hari ni. 
Ramadhan semakin nak meninggalkan kita. 
Rasa macam nak stay bulan Ramadhan je. 
Tenang je rasanya.

On pc, keluar si panda ni. Comel kan saya? Halah.. halah.

Hari ni banyak sekolah ambik cuti peristiwa sempena Nuzul Al-Quran. #theIMANs semua tak sekolah, so hari ni Ibu Ayah cuti sehari hantar-ambik diorang dari sekolah. Pagi ni lepas Subuh santai-santai lagi, siap boleh jemur baju lagi. Selalunya sebelah malam baju semua dah siap basuh dan jemur, tapi hari ni basuh baju masa sahur. Dah agak dah jalan akan lengang sebab banyak sekolah cuti, so 6.15 baru gerak dari rumah, so lambat sikitlah sampai di ofis pagi ni. Tapi masih jugak la sebelum jam 7 pagi. Macam tak best pulak tak sampai awal di ofis. 

Takdelah lambat sangat, lambat beberapa minit je daripada biasa.

Oh ya, hari tu tak ingat sape yang ada tanya dalam komen, jam berapa sekolah kat sini start? Actually sekolah kat sini mula jam 7.10 pagi, tapi ada jugak sekolah yang dah start 7.00 pagi. Selalu #theIMANs sampai di sekolah dalam range 6.15-6.30 pagi macam tu. Kalau 6 lebih, memang dah banyak dah kereta, tapi kalau dah lebih 6.30 pagi, kereta dah makin kurang. Kat sini memang ramai je lepas Subuh dah terus gerak dari rumah untuk memulakan rutin harian.

Ehem. Sebab ada mood nak selfie, hari ni OOTD serba hijau, dah rasa macam pokok pulak hari ni. Pagi ni kelas jam 8 pagi, yeahh!


Dan semalam, baju tudung semua ironless. Biasalah Isnin malas sikit nak iron baju, tudung. Tambah lagi Isnin takde kelas, so boleh la sempoi sikit.

Heh, korang cuti jugak ke hari ni??



 

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Comey. Ingatkan anak dara mana td berbaju hijau. Ooo Kak Mim rupa2nya. 😂😂.

    ReplyDelete
  2. salam nuzul quran kak mim cantiknyaaaaa mcm student muda-mudi gittewwww hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Nuzul Quran, Kakmim. Lawanya dia. :)
    Hari ni anak cuti sekolah juga. Boleh lah rehat.

    ReplyDelete
  4. MZ cuti ari ni yayyyy tp dok umah jerrr...tghari td kuar jap, gi amik rendang paru yg MZ tempah kat my fb fren

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form