Menu Ramadhan 2025

Alhamdulillah, 10 Ramadhan dah. Subuh dah makin awal daripada minggu lepas. Ingatkan Subuh awal orang tak rushing keluar rumah, rupanya Subuh awal, keluar rumah pun awal. Mungkin sebab lepas sahur terus bersiap untuk keluar awal kot. 

Oleh sebab semalam keluar rumah 5.59 pagi, dan 20 minit stuck queue area rumah je, makanya lari jugak la rutin semalam. Tapi takde la lari sangat pun, cuma saya tak suka kereta banyak nak masuk kawasan sekolah Abang. Masih tetap juga awal sampai di ofis.

10 hari puasa, masih gagah masak sendiri untuk berbuka. Buka macam dinner di hari biasa jer cuma wajib makan kurma dulu sebelum makan nasi. Syukur jugak list menu yang dirancang sebelum puasa sangat membantu walaupun menu sayur tu agak kelam-kabut sikit tak ikut list, tapi masih juga menu yang ada dalam list. Rumah kami ni kalau tak sawi, sawi, ahaha. 

Setakat semalam.

Kari ikan tenggiri hari Ahad untuk bawak berbuka di rumah adik.

Menu untuk berbuka di umah adik. Kari ikan, telur masin, timun & sambal petis Mak Bee. Makngah (adik saya) buat kobis goreng (macam menu ayam geprek), goreng papadom dan order salted egg chicken.

Didik udang (udang rebus serai) cicah kicap pedas, ayam goreng, sawi tumis udang, pais telur ikan tenggiri.

Minggu lepas ada la sehari beli lauk di kedai belakang ofis, sayur umbut masak lemak, rendang daging, sup tulang + daging (mak bagi).

Sup ikan bawal, kacang buncis sos tiram, ayam goreng. Ayam goreng ni menu playsafe sebab Alan ni kekadang tak makan ikan lain, dia hanya confirm makan ikan kembung goreng je.


Menu paling sempoi, ayam paprik & telor dadar.

Ayam goreng, sawi tumis belacan, sambal kentang.

Ikan tenggiri goreng cicah kicap pedas, ayam masak kuning (mak bagi), bayam tumis udang.

Menu 1 Ramadhan, kobis masak lemak, ayam masak kicap, telur masin.


Takde yang special pun, masak macam biasa je. Untuk moreh tu ada la Encik Suami belikan kuih manis 2 jenis, laksa Sarawak. Tapi selalunya beli di bazaaar di hospital je. Bazaar ramadhan? Belum jejak lagi ni, selalu lalu je yang bazaar area rumah mak, tengok kereta banyak dan bersusun panjang pun dah rasa rimas.


 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. meriah menu2 berbuka puasa...lama tk mkn jambu pink tu

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..meriah menu2 nya..semua nampak sedappp

    ReplyDelete
  3. terbaeklah mim rajin masak2 utk iftar!!! salute --- MZ hampir setiap hari tapau ajer..awal2 ramadan ari tu ada jugaklah masak2 lauk tambahan (sup sayur etc)

    ReplyDelete
  4. Meriah sungguh makanannya. Selamat menjamu selera dan berbuka puasa.

    ReplyDelete
  5. Meriah semua menunya tu .. paling best dapat berbuka dgn adik beradik dan keluarga. Untung tinggal berdekatan ye Kakmim...
    Tupperware² tu pun menarik gakss :D

    ReplyDelete
  6. Meriah jugak menunya tu...kak SA pun sama x jejak lagi bazar ramadhan

    ReplyDelete
  7. Kayaknya makin di usia ini, memang kita jadi ga semangat dengan keramaian kak 😅. Saya juga belum ada keluar rumah selama ramadhan . Memang tak suka ramai2. Kalopun nak beli sesuatu, saya order dari GoFood. Suami ajak kluar makan, msh saya tolak 🤭😅. Alasan, Krn dah masak 😁

    ReplyDelete
  8. samalah Ana pun tak jejak lagi kat bazar ramadhan.. teguh lagi memasak kat rumah hehe

    ReplyDelete
  9. Senang juga yg kalau buat menu listing ni. Kesian husband selalu tanya nak masak apa, nak masak apa sebab dialah yg masak hari2

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form