Esok saya dah start cuti tapi mood baking masih lagi di laut dalam. Belum sampai seru lagi ni. Hari ni balik kerja masak ikan pari asam pedas. Tadaa! Lulus tak?
Hari ni saya memang lebihkan bawang holland. Kami di Sarawak panggil bawang bakong, ya saya ikut tips-tips yang telah diberi tempoh hari. Apalagi Iman, terus la dengan dialognya, "kamek suka asam pedas pekat macam tok, ikan parek gik ya, macam asam pedas Melaka."
Menu simple je, asam pedas, sawi tumis dan telor masin.
Dan buah tembikai! Cuaca hari ni panas sangat!! Sedap sangat bila dapat makan tembikai sejuk-sejuk gitu.
Suratan atau kebetulan, jiran selorong merangkap adik saya pun masak menu yang sama! Selalu je pmacam tu, anak-beranak ke adik-beradik ke selalu je ada instict nak makan benda yang sama. Mungkin sebab bonding kot. Ataupun sekadar kebetulan?
Memang kena dah tu asam pedas dengan telur masin.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tak payah pergi melaka dah kalau craving asam pedas.. Hihihi
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan slmt berhari raya mim
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin
kalomenu asam pedas wajib ada telur samada telur dadar or telur masin...smlm cuaca mmg panas
ReplyDeleteya Allah sedapnya nampak asam pedas pari tu. pekat cantik merah lawa warnanya..nyums
ReplyDeletenampak ok dah asam pedas yang ini compare yang sebelumnya. kita pun order asam pedas pari petang ni kat jiran yang jual haha
ReplyDeleteLamanya tak masak asam pedas ikan pari
ReplyDeletewaduhhhhh sedpanyaaa asam pedas ikan pari kak mim! mmg cmtu kot sbb adik brdik ada instinct hehehe
ReplyDeletebestnya kak mim dah start cuti raya! ana masih ada berbaki kerja hingga jumaat.. sabtu baru start cuti huhuhu
ReplyDeleteDan bila masak tu menu sama dgn adik beradik kw bff ke uish terus rasa cam happy sangat kan....
ReplyDeleteTelur masin tu lawa hehe...