Menu 25 Ramadhan

Esok saya dah start cuti tapi mood baking masih lagi di laut dalam. Belum sampai seru lagi ni. Hari ni balik kerja masak ikan pari asam pedas. Tadaa! Lulus tak?

Hari ni saya memang lebihkan bawang holland. Kami di Sarawak panggil bawang bakong, ya saya ikut tips-tips yang telah diberi tempoh hari. Apalagi Iman, terus la dengan dialognya, "kamek suka asam pedas pekat macam tok, ikan parek gik ya, macam asam pedas Melaka." 

Menu simple je, asam pedas, sawi tumis dan telor masin.

Dan buah tembikai! Cuaca hari ni panas sangat!! Sedap sangat bila dapat makan tembikai sejuk-sejuk gitu.

Suratan atau kebetulan, jiran selorong merangkap adik saya pun masak menu yang sama! Selalu je pmacam tu, anak-beranak ke adik-beradik ke selalu je ada instict nak makan benda yang sama. Mungkin sebab bonding kot. Ataupun sekadar kebetulan?

 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Memang kena dah tu asam pedas dengan telur masin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Tak payah pergi melaka dah kalau craving asam pedas.. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa dan slmt berhari raya mim
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  4. kalomenu asam pedas wajib ada telur samada telur dadar or telur masin...smlm cuaca mmg panas

    ReplyDelete
  5. ya Allah sedapnya nampak asam pedas pari tu. pekat cantik merah lawa warnanya..nyums

    ReplyDelete
  6. nampak ok dah asam pedas yang ini compare yang sebelumnya. kita pun order asam pedas pari petang ni kat jiran yang jual haha

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak masak asam pedas ikan pari

    ReplyDelete
  8. waduhhhhh sedpanyaaa asam pedas ikan pari kak mim! mmg cmtu kot sbb adik brdik ada instinct hehehe

    ReplyDelete
  9. bestnya kak mim dah start cuti raya! ana masih ada berbaki kerja hingga jumaat.. sabtu baru start cuti huhuhu

    ReplyDelete
  10. Dan bila masak tu menu sama dgn adik beradik kw bff ke uish terus rasa cam happy sangat kan....
    Telur masin tu lawa hehe...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form