Hari Mengantuk

Hari ni hari Rabu, hari ni saya ngantuk sangat! Dengan kelas sebelah petangnya, macam penat pun ada. So balik je memang tak plan nak masak, nak beli lauk je. Nak tido!

So saya beli lauk di kedai biasa yang saya beli di hari biasa. Kedai tepi jalan je tapi dia jual lauk-lauk ready-to-eat setiap petang. Kiranya memang dah tau dah level kesedapan dan kuantitinya bagaimana. Kalau beli di bazaar ramadhan, risiko tak menepati citarasa tu memang tinggi. So saya beli kari ayam dan ayam salted egg. Sebelum berbuka sempat goreng ikan kembung masin dan sayur kobis. Setel. Alhamdulillah licin semua termasuk nasi dalam periuk.

Moreh pulak share-share makan laksa Sarawak bazaar hospital. Laksa ni nampaknya mendapat demand tinggi di bulan puasa ni. 

Dan share-share jugak makan mee kampua ayam. Layan jugak la walaupun takde cili cukanya. Mee kampua ni pun beli di bazaar hospital. Bazaar hospital ni takdelah besar macam bazaar ramadhan sebenar tu tapi oklah untuk staf dan keluarga patient di Hospital Umum Sarawak tu membeli juadah untuk berbuka.

Kuih beli di kedai yang sama jual lauk, nona manis dan telaga emas. Pun licin jugak malam ni. Suka! Pagi nanti sahur nampak gayanya goreng nugget dan ikan bilis je. Itulah kekurangan bila tak masak lauk sendiri, lauk ngam-ngam je untuk berbuka, untuk sahur kena fikir menu lain pulak.

Korang selalunya bersahur menu apa yek?

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kenang daku dlm doa tahajudmu KakMim (biasa yg ngantuk2 bln puasa ni mesti mlm qiamulail.. ha betul kan tekaan sy?. (sila jwb dlm hati).

    Sedapnyaaa laksa Sarawak. Kat sini kedai yg sedap tu dah tak de. Entah ke mana dia pindah. Sib baik kat Aussie ada 1. Tunggu blk sana nt nak mkn.

    ReplyDelete
  2. Saya kalo sahur yg mudah saja kak. Dan biasanya western style. Macam chicken yg dimarinasi sejak malam, laku tinggal masak di pan dengan olive oil sedikit. Kdg pakan nasi, kadang pakai kentang rebus. Tak payah bangun terlalu pagi jadinya 😄

    ReplyDelete
  3. memang berisiko juak mun beli barang di bazaar Ramadan...jika nemu yang sik menepati citarasa

    ReplyDelete
  4. Baru tahu nama kuih tu telaga emas :)
    Sy pun kalau nak beli lauk RTE beli dgn penjual yg dah biasa kita beli di hari² biasa.
    Sy pula pagi² mengantuk. Mata macam kena gam 😅

    ReplyDelete
  5. Saya pun kalau nak beli lauk, memang beli kedai2 tepi jalan yang dah biasa beli dan tahu tukang kedai masak setiap hari fresh. Kalau kat bazar, kadang2 dapat yang basi

    ReplyDelete
  6. Sebab tu linda selalu bulan Ramadan tak amik pun balik awal.. Sebab waktu rehat tu mesti ngantok, dan tertidur.. Hari biasa takde pula tido.. Kikiki

    ReplyDelete
  7. saya plak mengantuk sgt mlm2 ie sebaik ajer setel terawih memang terus zzzzzz

    ReplyDelete
  8. 1st time dgr kuih telaga emas..skali tgk mcm nona manis

    ReplyDelete
  9. betul Mim, kena beli di kedai yang kita dah tahu rasa masakannya macam mana kan, puas hati makan in syaa Allah

    ReplyDelete
  10. ooo nama kuih tu Telaga Emas ye kakmim? sedapnya lasak sarawak & mee kampua!

    ReplyDelete
  11. eh tapi bulan puasa kalini Ana pun rasa mengantuk lain maciammm jugak terutama waktu nak masuk tengah hari tu huhuhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form