Belum Kompeten Masak Asam Pedas

Balik dari bazaar semalam terus ketang-ketung masak di dapur, menu utama asam pedas ikan merah. Kalau korang nak tau saya ni belum kompeten masak asam pedas melaya style. Kalau Sarawak style tu no problem. Tapi kalau tak praktis bila nak mahir kan?

Masih cair, rasa ok walaupun takde bunga kantan dan daun kesom. Masih kurang bawang besar atau bawang Holland. Bila saya share di status WA, adalah yang pakar bagi tips cara masak asam pedas melaya style yang sedap. Insya Allah nanti saya akan cuba dan cuba lagi sampai perfect.

Menu semalam asam pedas ikan merah, kobis + sawi tumis telur, lobak asin dan buah tembikai.

Sebab hari Sabtu tu, Abang nak makan kuih topi ni tapi dah habis so semalam sementara masih awal kami ke rumah orang jual kuih penyaram ni. Penjual ni memang jual setiap hari depan rumah. Kami memang regular customer jugak la. Kuih penyaram tapi #theIMANs ni panggil kuih topi. Hihi.

Pastu apam balik, pun beli dari penjual yang sama. Memang dia buat depan rumah, kalau ramai memang kena tunggu jugak la dia buat. Menggoda sungguh baunya bila masuk dalam kereta. Panas-panas lagi tu.

Ada orang (Encik Suami ler) nak makan Subway sebab setakat ni tak jumpa roti John yang sedap. Semua ni untuk makan lepas berbuka, then barulah solat maghrib.

 

21 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Elok kejadian apam balik tu, nampak tebal je.
    Saya tengok macam sedap je asam pedas Kakmim masak. Saya pun baru lepas masak asam pedas hari tu. Asal sedap kat tekak kita, ok ler tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal sedap di tekak anak2 dh syukur dh.. confirm licin kalau diorg rasa sedap

      Delete
  2. nampak sedap kuih topi tu. kami panggil penyaram . ada yg panggil cucur jawa.

    asam pedas LM pun kadang okey kadang tak okey. tapi biasanya kami guna bawang merah kecil tu supaya kuah pekat. kalau bawang besar tu kuah cair sikit tapi kalau takda LM hantam saja la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah sini pun panggil kuih penyaram.. sy masak mmg pakai bwg merah kecil, x suka jenis yg besar tu, skrg dh tau kena lebihkan bawang merah dan bwg holland.. tq share tips

      Delete
  3. Subway vs roti john... Subway lagi sedap... (kalau tekak uncle lah... haha)

    ReplyDelete
  4. Teringat apam balik kat pasar malam. Ada inti kacang hitam. Sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah rare ni inti kacang hitam.. blom pernah jumpa lg

      Delete
  5. Asam pedas ikan merah ni ada yg jenis cair pun dah sedap dan cukup rasa. Kalau nak pekat, boleh lebihkan cili dan bawang masa kisar tu. Alaa.. macam masak sambal tumis jugak, cuma tambah air sikit dan tak perlu letak gula. Kuih topi tu kita suka jugak tapi dekat sini susah jugak nak jumpa orang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak SK share tips msk asam pedas.. no wonder pekat buat mcm sambal tumis rupanya

      Delete
  6. Asam pedas cair pun sedap. Saya suka Kedua-duanya tapi kalau nak cepat masak saya pilih yang cair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cair jd sarawak style dah cuma sini x tumis, rebus je mcm masak pindang

      Delete
  7. Cie masak asam pedas guna pes je. Bila time teringin nak makan. Jarang jela masak asam pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sy x pernah buat guna pes.. kureng percaya sikit dgn pes.. haha.. perasan terer masak pulak kan

      Delete
  8. Practice makes perfect Kakmim 💪🏻
    Kami panggil cucur jawa, kuih topi tu. Arwah mak pandai sangat buat. Sayang Sy tak belajar, sbb masa arwah ada mak je yang buat kita tukang makan je. Rugi di situ :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. kena practise selalu.. tp bebudak ni suka kari itu yg jarang masak asam pedas.. hehe.. ala, xpe cuba je buat manatau bakat menurun dr arwah mak

      Delete
  9. kami pulak panggil kuih tu cucur jawa hehehe

    ReplyDelete
  10. MZ suka asam pedas tp tak reti la nak masak...reti mkn jerrr (beliiii)

    ReplyDelete
  11. Sedapnya kuih topi, apam balik. Asam pedas pernah jugak masak tapi tak sedap orang lain buat hehe.

    ReplyDelete
  12. Betul lah tu, terkadang hrs practice sesering mungkin supaya bisa mahir buat nya kan. Tp macam saya , kadang kalo dah failed sekali, malas coba lagi 😂

    Kuih topi dan apam balik saya sukaaa. Di sini kue topi di sebut kue tete (bacanya macam menyebut e dalam kata encik) . Lalu apam balik disebut martabak manis 😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form