14 Ramadhan

Dah 2 minggu puasa baru ada kesempatan berbuka di rumah mak. Walaupun nak ke rumah mak ambik masa driving 15 minit je tapi kena tunggu weekend jugak nak lepak berlamaan di sana. Bila dah buka di rumah nenek, #theIMANs terpaksa la ponteng tadarus. Boleh je lepas maghrib balik terus dan terus direct ke masjid di area taman rumah kami tapi diorang ni nak spend time dengan kazen-kazen diorang, Amirul dan Aydin.

Berbuka di rumah nenek, yang lelaki junior berbuka depan tv. Lain-lain di meja makan. Biasalah takde ambik lauk berbuka. 

Saya masak ayam masak merah je untuk bawak berbuka rumah mak. Lepas tu kacang buncis sos tiram yang tak ada diambil gambar. Selain tu saya order jugak popia sambal untuk repacking dan sedekah kat jiran-jiran. Hujung minggu agaknya jiran ramai tak ada di rumah, berbuka rumah famili kot, so sedekah kt jiran-jiran rumah mak je.

Lepas berbuka, maghrib di rumah dan solat terawih di masjid. Alhamdulillah rumah kami dan rumah mak, 2-2 berdekatan masjid, jalan kaki je nak ke masjid. Di masjid terjumpa kazen kami yang OKU. Sibuk pulak dia mintak ambik gambar. Hehe!

Lepas tu dia ambik gambar guna henfon dia pulak. Haha. Layan jer lah. Plan asal nak ajak adik-adik dan mak bapak moreh di luar tapi macam biasalah, tinggal angan-angan. Kami moreh je di rumah dengan kuih-muih yang ada sambil bersembang sakan. Macam-macam isu dah dicover termasuklah topik BASS dan lagu pum pang raya. Ahahaha. Begitulah bila adik-beradik ramai perempuan.

11 malam barulah gerak balik ke rumah masing-masing. Begitulah kisahnya berbuka dan moreh cara kami. Gambar moreh pun tak ada sebab memang tak pegamg hemfon pun masa di rumah mak. Asyik bersembang saja kan?






6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Hahaha.. BASS pun masuk dalam topik moreh dia.

    ReplyDelete
  2. Bersembang sampai lupa nak ambik gambar....Kalau saya pun camtu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdullah...seronoknya...
    jap nak gogle BASS tu apa?? linda memang selalu ketinggalan zaman.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah sembang topik terkini nampaknya Kakmim & siblings hihi...
    Kalau namanya balik rumah mak, mmg la nak berlama² kan....

    ReplyDelete
  5. MZ pun balik kg weekend lps so dpt iftar dgn my mom ie ari jumaat dan sabtu, ahad pg2 dh bertolak balik KL

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form