Makan di Asam Pedas Lauk Kampung

Percutian kali ni memang unplanned. Dapat je jemputan kahwin ex-housemate Encik Suami di Putrajaya dulu, kami terus je decide pergi. Sebelum ke kenduri kahwin di Klang, kami singgah Melaka jap. So di Melaka 2 malam sebelum turun balik ke KL.

Nak makan jauh, grab reject pulak. So kami makan di area hotel je. Kami stay di hotel berdepan DP sebab nak senang bergerak. Area situ pun berderet kedai makan. Sebelum balik kami dinner di kedai Asam Pedas Lauk Kampung. Masa tu awal lagi untuk dinner so masa kami sampai tak ramai orang, tapi bila kami duduk je customer pun berduyun-duyun masuk.

Kami ambik lauk siakap asam pedas, pari asam pedas, daging salai MLCA, ni memang wajib la makan kan kalau ke Melaka. Selain tu ambik ikan pari sambal, kupang, udang, telur masin dan ulam-ulaman. Carik bergedil atau kentang takde pulak. Cara makan kat sini kita pilih je lauk yang dah siap diserve nanti staf akan panaskan. Mula-mula risau jugak takkan nak makan lauk sejuk. Rupanya diorang akan panaskan lepas kita pilih dan hantar ke meja.

Tetiba saya berselera pulak nak meratah udang. Selalunya memang kurang suka udang. Boleh pulak habis sepinggan, ambik lagi sepinggan semata-mata nak diratah begitu saja.

Memang sedap lauk kat sini. Senang je tak perlu jauh-jauh nak ke Umbai ke Sungai Duyung ke, makan depan area DP je pun dah ok. Next time la kita makan ikan bakar di Sungai Duyung ye mak & bapak.

 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sabtu lepas plan nak makan kat Umbai...tapi Dania x nak plak..dia dari Melaka, nak pi makan kat Melaka plak lagi...apoo...kan? sudahnya keluar area- area mana yang sempat aje la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk posting akak mkn di warung hijau... ada jugak plan nk ke sana rupanya di masjid tanah, jauhh

      Delete
  2. Sedapnya makan ramai2. Ratah udang memang sedap.

    ReplyDelete
  3. Tapi seafood tempat Kakmim lagi sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan batu di negeri sendiri uncle... kalau di tempat org mmg best makan sbb taste dan cara masak x sama kan

      Delete
  4. Tak perasan pulak kedai nie.. Nampak sangat dah lama tak ke area DP tu... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar signboardnya linda... tingkat 1 pun boleh jugak makan

      Delete
  5. kadang-kadang kedai biasa yang tak viral lagi sedap kan Mim dari yang beratur bagai tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya mcm tu la kak... yg viral selalu mengecewakan

      Delete
  6. La Kakmim terbang ke Semenanjung ke? Tertinggal keretapi sy ni :)
    Lama tak makan ikan bakar di Melaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... dah balik ke angkal jalan dah pun.. hehe

      Delete
  7. Kak Mim, DP itu apa yaa?

    Lihat lauk2 ini bener2 lah menyesal saat ke Melaka tak ada eksplor kuliner asam pedas nya. Krn saat itu kami tak kluar dari JONKER. Betul2 hanya di JONKER saja.

    Padahal ternyata asam pedas itu kuliner khas sana kan .

    Udang memang seafood yg terpaliiiing saya suka dibanding seafood jenis apapun 😄

    ReplyDelete
  8. Ramai rombongan dari Sarawak tu.
    Mak bapak pun ikut juga JJCM.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form