Tasik Biru, Bau

Salam 1 Rejab, salam tahun baru 2025. Tak habis lagi cerita pergi Serikin hujung minggu lepas. Walaupun setanah je Serikin tu tapi jarang sangatlah nak ke sana, ke Bau tu pun sama. Kalau takde urusan kerja memang tak adalah sampai di sana. Lainlah dulu saya memang kerja di sana, tiap-tiap hari ulang-alik dari rumah di Petra Jaya ke Bau, 1 jam jugak perjalanannya.

Balik dari Pasar Serikin, lepas lunch di Siti Cafe, kami ke Tasik Biru pulak. KLMJ sungguh bila makan di Siti Cafe, kedai makan tu lah tempat saya bekfes dan lunch selama 9 tahun bertugas di Bau, zaman muda-muda dulu. Sampai sekarang pun owner dan staf Siti Cafe masih ingat dan kenal saya.

Semua ambik nasik campur, Iman je order mee goreng.

Entrance fee masuk ke Tasik Biru, semuanya Mak Ngah spon (mak Aydin) sebab saya dah spon makan di Siti Cafe. Begitulah semua berebut nak bayar, pandai-pandailah cari strategi, sapa dulu dia la bayar.

Tasik Biru ni last kami pergi hujung tahun 2022 dulu. Masa tu sempat lagi pergi hiking naik ke temple di Miner's Walk. Biru kan air di sini, sebiru airnya. Tasik Biru ni dulunya lombong emas. 

Sejarah Tasik Biru dan acah-acah 'emas' kat bawahnya tu. Kalau belajar Geografi ada nama Tasik Biru dalam buku teks, tak taulah buku teks sekarang.

Bergambar dulu sementara tunggu bot.

Dalam bot mengelilingi Tasik Biru.

Tenang je air di tasik, sesekali ada jugak gelombang kecil.

Di tengah-tengah tasik.

Hujungnya ada mini waterfall rupanya. Tak naik bot tak tau ada waterfall ni.

Hadir 6/6, family potrait untuk penghujung 2024.

16/17 hadir, Usu je tak ikut sebab dia puasa takmo jalan-jalan katanya.






15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. cantiknye air... tenang dan damai.. biru nian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. tenang je tgk air tasik yg membiru tp bila ramai crowd x dan pulak bermonolog tepi tasik

      Delete
  2. Suka tgk gambar potret keluarga tu kak. Salam 1Rejab dan selamat tahun baru Kak Mim. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ibu.. salam tahun baru & salam bulan rejab

      Delete
  3. Memang seronok kalau dapat beriadah macam ni bersama keluarga. Pemandangan pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn selalu dpt outing bersama konvoi 3 buah kereta

      Delete
  4. Seronok jalan2.. Salam Tahun Baru!

    ReplyDelete
  5. Aah, mmg kami request 1 bot utk semua xmo campur org lain

    ReplyDelete
  6. Happy new year Kakmim. Salam 1 Rejab. Selamat bersukaria, naik bot.

    ReplyDelete
  7. Jalan-jalan dan makan berpisah tiada. Bestnya tasik tu dan cantik.
    Cuma, saya ni cepat overthinking, jika dapat naik bot tu I just speechless.

    ReplyDelete
  8. Kak SA dah pernah sampai sini...tapi masa tu takde pun bangunan2 yag keliling tu...masa tu kosong lagi...

    ReplyDelete
  9. Air di danau itu tampak biru jernih Mbak. Pastaslah diberi nama Tasik Biru.
    Mengasyikan sekali berkunjung ke Tasik Biru bersama keluarga tercinta.

    Selamat tahun baru 2025 Mbak. Sukses selalu di tahun yang baru ini.

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form