Sarapan Apa Hari Ini?

Bangun pagi Encik Suami tanya ada plan tak? Saya cakap malas. Nak dia belikan bekfes tak? Saya cakap boring. Hahaha. Nasiblah jumpa laki aku yang penyabar, kalau jumpa laki macam si Eshaal tu, eh apa ni melalut pulak ke cerita Curang Tanpa Niat. Kikiki.

Boring apa sebab kalau Encik Suami belikan bekfes, kalau tak nasi lemak, roti canai, tak pun kuih, sebab yang terdekat kan? Nak menu lain baik bekfes kedai terus, buang masa nak tapau. 

So kita masuk dapur, kita cari idea apa yang boleh dimasak. Tetiba ada nampak setengah bungkus mee kering Lee Fah. Mee ni jenis flat mee. Kalau kat kedai orang jual mee kolok orang panggil mee pok. Yeah, baik goreng dengan telur ala chinese style. 

Tetiba lagi, tingg.. tercetus idea nak goreng guna sambal pedas yang beli di Serikin tu, ahaaa... mantap. Maka jadilah mee pok goreng pedas. Just tumis bawang besar dan bawang putih (dicincang), pecah telur, masukkan sambal pedas sebungkus, kacau rata, masukkan mee, letak serbuk perasa ayam Maggie, gaul rata lagi, dah siap!! Boleh makan. Sila sila. Eh, mee tu kena celur dulu tau baru goreng. Ahaha.

Goreng sosej sikit, hiris timun sikit. Sapa nak makan dengan sos cili boleh, nak makan dengan kicap pedas pun boleh. Er, nak perah limau pun boleh. Semua boleh.

Tinggal 2 ni je lagi. Bagus la sambal pedas serbaguna ni, memang function teroksss. Untuk goreng nasi memang mantap, memang pedas. Sebelum puasa nak kena top up lagi ni, nak kena ke Serikin lagi nampaknya.

 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. mee tu nmpk sedap la...mcm pan me or yee mee kot eh...pg td MZ bf mkn nasi kerabu

    ReplyDelete
  2. Pagi ni kita makan lempeng jer.. main campak2 jer adunan tu asal jadi bentuk sudah la.. hahaha yg penting anak2 semua suka :D

    ReplyDelete
  3. Sambal pedas tu ada yg hijau, kan. Memang mantap sambalnya.

    ReplyDelete
  4. Sama la dgn en suami kita, kalau beli breakfast tu nasi lemak & roti canai je selalunya :D
    Menarik pes sambal tu. PH selalu nampak dekat kedai Acheh macam² juga pes masakan tp tak pernah beli. Lepas ni bole try kot :)

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah senang.. Campak² je dah siap masak..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap la mee Tu...akak buat nasi lemak...

    ReplyDelete
  7. Selalu juga macam ni, tak tahu nak makan apa, selongkar apa yang ada di dapur.

    ReplyDelete
  8. Bila ada bahan semua boleh jadi kann Kak Mim.. LZ suka mee kering macam tu tapi di sini saya guna brand Cintan.

    ReplyDelete
  9. Aiiiish kenapa saya tak pernah lihat sambal Finna Foods ini di sini yaaa 😅😅.. produk finna foods yg saya suka nih kerupuk udang mereka. Jujur baru tahu mereka ada keluarkan sambal kak

    ReplyDelete
  10. Mungkin boleh cari kat Shopee kot ada jual.
    Akak pun ingat nak cari rencah2 yang memudahkan masak di bulan puasa nanti.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form