Lunch Pertama di Tahun 2025

Alhamdulillah, masih ada rezeki sesuap nasi di awal tahun 2025. Lunch pertama kami sebagai pembuka tahun baharu di Singapore Chicken Rice (SCR). Signature di sini semestinya chicken rice. Tak tau jugak kenapa nama kedai ni Singapore Chicken Rice, tapi SCR ni memang agak well-known jugak di Sarawak. Menu kat sini pun bukan semata-mata nasi ayam saja tapi ada pelbagai menu.

Mereka dan nasi ayam roasted tak dapat dipisahkan.

Ibu kalau di SCR selalu order Ginger Chicken Rice.

Side dish pengganti sayur, Beancurd with Oyster Sauce. Atas beancurd tu udang kering yang dikisar halus.


Ini pulak side dish Iman, chicken fillet. Tapi semua pun makan.

Dulu-dulu kedai ni lah yang memulakan trend customer tulis sendiri di slip order di Kuching ni tapi sekarang SCR dah guna QR code untuk scan menu dan order. Tapi apps di SCR ni laju berdesup, takdelah lembap macam di tettt, adalah kedai fastfood pizza tu. Hihihi. Kenapa screenshot? In case la kan ada order yang tak sampai, tapi pengalaman dine-in di SCR memang tak pernah ada pengalaman tak best. So far so good, tak pernah menghampakan. Pernah terbaca di medsos, netizen yang pernah stay dan berhidup lama di Sarawak akan merindui SCR. Ahahaha!

 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sedapnya...dekat office lama di Kpg Baru, ada kedai SCR, tapi x pernah gi, officemate yg selalu makan..sedap katanya....

    ReplyDelete
  2. Nasi ayam nya bak kata orang sinun..nyaman teruk hahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, boleh geng tich@ la gini, asi ayam all time favourite. Entah bila nak buat sendiri, yang pasti air tangan kedai lebih yummy.

    ReplyDelete
  4. wah...semua pun nampak sedap & menyelerakan
    happy new year kak mim..moga yg baik2 saja ...aamiin

    ReplyDelete
  5. kat my area ni, the chicken rice shop lah yg famous kalau nak mkn chicken rice yg branded :) yg tak branded, kat mana2 pun ada jer nasi ayam ni..antara sedap dgn tak jer

    ReplyDelete
  6. Nampak menyelerakan sungguh nasi ayam tu.

    ReplyDelete
  7. SCR lagi sedap dari jenama yang satu lagi tu kan..ramai cakap SCR sedap..especially kawan-kawan office akak

    ReplyDelete
  8. Anak-anak nampak berselera makan chicken rice. Saya pun suka nasi ayam :)

    ReplyDelete
  9. ginger fried chicken yg mim order tu mmg nampak sedap. ammi pun selalu kalau order guna QR ni akan snapshot just incase ada menu tak sampai.

    ReplyDelete
  10. Ginger chicken rice dan chicken fillet tampak sedap sekali ya Mbak.
    Makas siang bersama keluarga di hari pertama tahun 2025, ah sungguh membuat bahagia.

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form