Icebreaker

Minggu ni pelajar kami dah mula mendaftar untuk sesi pengajian yang baharu, maka selepas ni tak tau lah macam mana turun naik blog ni. Hahaha. Kalau saya takde update tu maknanya memang tak menyempatlah tu yek. Hihihi.

Seperti sesi-sesi sebelum ini, task saya sama je masa Minggu Suai Kenal. Handle sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk pelajar baharu. Tapi selalunya saya buat untuk icebreaking je, selebihnya biarlah pelajar senior yang handle.

Saya pun tak tau sampai bila saya kena handle icebreaker. Takkan tetap dan berpencen kot? Amboi amboi amboi.

Tapi yang seronoknya kita yang paling awal kenal pelajar baharu, boleh tau detail lagi tu, sebab intake kami tak ramai so saya boleh korek dalam sikit. Senang.. lepas ni saya jugak yang akan masuk kelas dan mengajar mereka. Seronok sebenarnya mengajar sem 1 ni, sebab diorang masih 'suci' lagi, datang awal, dengar kata. Nanti dah naik senior barulah ada yang mula tunjuk belang dah. Hehehe. Biasalah macam tu.

Setiap semester macam-macam ragam pelajar gen-Z ni.

Bersama orang kuat MSK, JPP semester 2. Tengah shoot VTT, sempat posing dulu.

Minggu depan dah start kelas dah. 
Yahoooo!! Banyaknya kerja!!
Tahniah untuk diri sendiri. Ahaha!

 

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form