Sarapan Durian

Sekarang musim durian di Kuching.
Berlonggok-longgok durian orang jual tepi jalan.
Sebelum krismas hari tu adik borong durian dari kampung di Serian.
Tak tanya pulak berapa dia borong.
So far yang kita bukak ramai-ramai di rumah nenek semuanya manis dan berlemak. Masih terasa gasnya. 
Memang tak tipulah baru ambik sebelah paginya kata si seller.
Adik suruh bawak balik rumah jugak, sebab banyak.
So saya bawak la 2 biji balik rumah.

Bangun pagi semalam tengok durian yang adik bagi dah merekah.
Macam tak tahan je nak kopek terus.
Seksi sangat! Lupa pulak ambik gambar.
Bila dah merekah, senang je lah nak bukaknya.
Tak perlukan pisau pun.

Tadaa!!

Encik Suami kerja, #theIMANs masih tido.
Kita projek sorang-soranglah.
Ai, geramnya tengok.

Kalau Abang tengok ni mesti dia geram, 'meow tido.'

Selesai dah, macam tu je kopeknya.
Memang memudahkan sangat.
Manis pulak tu, memang no regret la.

Siapa macam ni? 
Kopek durian simpan dalam bekas aiskrim!
Ahahaha.

Dah 2-3 ulas layan manis berlemak macam tu je,
Kita makan dengan roti Munchys pulak, sedap jugak.
Takde sagon, roti Munchys pun jalannn.

Begitulah cerita sarapan durian sorang diri.

 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kalau linda, boleh habis sebiji... Sedapnya...

    ReplyDelete
  2. Sama la kita. Kopek durian, letak dalam bekas aiskrim. :D

    ReplyDelete
  3. uishh.. next level tu makan dengan biskut.

    ReplyDelete
  4. uish..lain mcm bfasr kakmim ni...sedappp

    ReplyDelete
  5. ya Allah, sedapnye.. kat sini pun nampak ade org jual di pasar kedai payang.. xtahula dr mana..

    ReplyDelete
  6. Sudah musim sekarang. Dekat tempat saya ni dah ramai yang jual. Cuma saya belum membeli lagi. Hehe

    ReplyDelete
  7. Ya Allah terliur kita Kak Mim. Meow tido tu boleh buat berebut dgn bdk Aqil. Hahaha!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form