Majlis Khatam Al-Quran (myperkasaQU) 2024

 Button badge abang, bangga dia letak di beg sekolah.

Alhamdulillah, abang dah khatam al-quran beberapa bulan lepas. Tak ingat dah bulan bila dia bagitau dia dah khatam. Memang dari zaman kakak lagi, sekolah ni memang ada KPI untuk anak-anak khatam al-quran. Syukur sangat.

Majlis khatam al-quran di sekolah abang ni memang event yang ditunggu-tunggu tiap tahun. Kalau dulu sekolah panggil MKQ sekarang dah tukar ke myperkasaQu. Semoga anak-anak kita memperkasa al-quran dalam kehidupan seharian mereka.

Tema sekolah untuk anak-anak khatam tahun ni warna baby blue. Awal tahun dah collect duit untuk bayar kain dan sampin. Setiap murid digalakkan bawak sumbangan set bunga telur dan pulut kunin (tak wajib). Pulut kuning pulak mesti dibungkus so saya letak dalam kontena kecil tapau je. Zaman kakak pun saya buat macam ni, senang.

Tak buat banyak, sebab peserta khatam 200 orang dan saya percaya semua akan bagi sumbangan. Risau pulak kalau berlaku pembaziran. 

Photobooth, cantikkkk sangat.

Stage pun cantik, tema tahun ni dark blue & gold.

Antara pulut kuning dan bunga telur yang paling menarik perhatian saya. Respek la parent yang buat ni.

Penuh pentas, susunan majlis dari awal sangat perfect. Mula dengan perarakan murid masuk ke dewan sampailah habis bacaan surah al-quran memang sampai sekarang tak boleh move on.


Emcee pun salute! Selalu sekolah ni buat 3 bahasa je, BM, BI dan Bahasa Arab tapi tahun ni tambah lagi Bahasa Mandarin!! Tapi sekolah ni memang ada sebuah kelas yang ambik Bahasa Mandarin. Alhamdulillah nampak kemenjadian murid di situ.



Sebahagjan klasmet abang, tak semua dapat tangkap ajak bergambar. Yang dah balik pun ada.

Ibu dan abang. Ayah mana? Ayah bukannya nak layan ibu anak bergambar. Haha.

Asbab hujan, duduklah sekejap depan dewan sementara tunggu hujan reda, baru ada bergambar dengan Ayah dan kazen.

Last abang di sekolah rendah, alhamdulillah meriah sangat majlis khatam al-quran diorang. Time ni malas nak ke depan tangkap gambar, print screen je dari video Youtube je.

Full house dewan sekolah. 

Jemput tengok rangkuman myperkasaQu sekolah abang di Youtube sekolah.

Link buku program:

 📹 VIDEO

📕 FLIP BOOK

📝 PDF

Last but not least, event macam ni je dapat berjejak kasih dengan sahabat-sahabat yang jarang bersua muka. Ada kawan sekolah, jiran lama, kawan sekampung, kawan seShaklee. Eh, seronok la jumpa kawan-kawan lama, ada yang tak ambil gambar pun. Sampai Encik Suami cakap, rami orang negur kitak, ada juak yang kamek sik kenal. (Dibaca: ramai orang tegur awak, ada jugak yang saya tak kenal). Ada jugak yang tegur, sembang lama, tapi saya tak ingat pun siapa, nama lagilah tak tau. Hihihi. Takpe, kita tetap juga bersaudara seagama kan?

Next majlis graduasi harapnya pun ada majlis keramaian macam ni.





















 





5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Congrats untuk Abang yg sudah khatam 🎉🎉🎉. Semoga nantinya bisa khatam berkali2 . Baguus sangat majelisnya dibuat. Dan preparation utk baju dll nya pun dah dikutip sejak awal tahun. Bagus jadi tak memberatkan

    ReplyDelete
  2. Tahniah to yr son.
    Cantik gubahan telur tu. Kemas.
    And congratulation on yr anniversary tomorrow Kak Mim. Moga bahagia till jannah.

    ReplyDelete
  3. Tahniah abang. Semoga terus memperkasakan Al Quran.
    Nampak seragam semuanya.. cantik betul susunan. Pertama kali tengok majlis sekolah sebegini. Biasa kat sini pakai baju melayu biasa tak pun tema warna sama cuma tidak seragam dari kain dan warna yang sama.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form