Majlis Bertekol Adat Sarawak

Kisah hari ini, alhamdulillah majlis bertekol untuk adik lelaki saya telah termeterai. Majlis bertekol adat Sarawak ni lebih kurang macam bertunang tapi tak ada berbalas-balas hantaran. Ia lebih simple bak kata kami muda-muda dulu, 'cop' dulu anak dara orang jadi tunangan. Dulu-dulu, kami pun bertekol jugak. Cuma masa akad nikah adalah berbalas-balas dulang hantaran. Bertekol ni boleh dikatakan save bajet jugak, sebab majlis tertutup antara famili rapat je. 30 minit dah selesai, lepas tu acara makan-makan dan bersembang antara 2 famili untuk berkenalan.

Syarat bertekol, duit pembuka mulut RM80 dan sebentuk cincin belah rotan. Sekiranya ada pun lain-lain tak wajib. Inilah dulang yang kami sediakan sebagai 'pembuka mulut' dan sebentuk cincin.

Lain-lain sebagai sampingan, buah-buahan dan coklat serta watikah bertekol sebagai dokumentasi dan 'perjanjian'.

Buah-buah, letak sendiri je. 

Brownies tower je order.

Oops, bakal tunang orang sebelum ke rumah pihak perempuan. Rumah kami jadi transit sebab kebetulan rumah bakal tunangan pun bersebelahan taman perumahan kami. So dari malam tadi semua berkumpul di rumah kami.

Kami sebelum ke rumah pihak perempuan, 13 orang wakil dari pihak lelaki.

Tahniah Encik Suami yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua rombongan dan jurucakap majlis bertekol. Berbalas-balas pantun nampak. Haha. Sekarang giliran kami pulak yang menguruskan majlis macam ni ek. Nampak sangat dah seniority di situ. 

Wakil pihak lelaki. Pak Usu dari Tawau, adik ipar, yang dikasihi ayahanda dan Encik Suami.

Sesi berkenalan dan berbalas pantun. Pantun pihak lelaki dah sediakan, pihak perempuan just baca je. Tapi tetap rancak, santai dan bersahaja. Simple yet memorable.

Alhamdulillah, cincin sudah pun disarungkan. Tahniah F&F.

Last but not least kami bersama extended new family member seorang. Semoga yang dirancang menjadi kenyataan dan dipermudah hingga ke akhirnya. Aamin YRA.

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. congrats to ur adik dan tunangannya. moga majlis perkahwinan berjln lancar nanti insya Allah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah congrats utk Adik & your family kakmim.. Semoga dipermudahkan urusan utk nx phase 🤲🏻
    My husb pun member minta jadi jurucakap kawan bertunang, tp dia bgtau last minute so x dapat la nak tlg hehe...

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat adinda Mim dan tunangannya. Semoga ikatan yg dibina kekal ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  4. Tahniah adik Mim..seronok bertambah ahli keluarga baru

    ReplyDelete
  5. Selamat untuk adiknya Mbak...
    Semoga kekal sampai ke jenjang pernikahan nanti.
    Kalau disini, apa ya namanya, mungkin semacam lamaran dengan ada tukar cincin.

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah…Tahniah buat adik Mim dan pasangannya.
    Wah…siap berpantun bagai ya.

    ReplyDelete
  7. semoga Allah permudahkan segalanya.. ameeennnn

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan semuanya berjalan dengan lancar. In syaa Allah! Aamiin! Tahniah buat keduanya.

    ReplyDelete
  9. Oh menarik juga tradisi nya. Mirip bertunang tapi sedikit berbeda ya kak ..

    ReplyDelete
  10. Lawa outfitnya, simple dan manis. Tahniah buat kakMim sekeluarga atas kehadiran orang baru.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah selesai first part in befire marrige.. bagus adat bertekol ni save duit boleh fokus pada majlis besar nanti.. semoga dipermudahkan segala urusan :D

    ReplyDelete
  12. Menarik ni.. siap ada watikah bertekol.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form