Jelly Nata de Coco

Bila cuti-cuti duduk di rumah, ada je benda nak buat untuk makan.
Untuk makan je tau, haha.
Plan waktu cuti ni semua ke laut.
Nak buat 5S rumah, baju dan buku semua tak menjadi.
Lagi seronok berlingkar di katil or depan tv.
Ya ampun, memang bermalasan je kerjanya.

Bab makan, rajin pulak.
Bila rasa nak buat tu, terus buat.
Menjadi jugak jelly nata de coco.
Seronok tengok Upin Ipin (Awan Alan) makan masa kenduri hari tu.
Sebab tu lah beli bahan nak buat jugak.

Jelly nata de coco perisa anggur. 
Makan sejuk-sejuk urmm sedapnyaa.

Abam Alan keluar dengan Dedek (adik Ibu), so Awan sorang-soranglah tolong Ibu. 

Biasalah bila dia seorang, memang mati kutu. Bila ajak main masak-masak takdelag dia boring sorang-sorang. Dia sendiri yang taknak ikut orang pergi shopping di Ninso.

1 liter air dan 10 ml serbuk agar-agar, dapat banyak ni. Nanti kalau nak buat untuk potluck di sekolah boleh la buat 3 bungkus agar-agar.

Saya guna serbuk agar-agar ni, nanti nak try perisa laici pulak. Senang sangat nak buatnya.

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. waa bagusnya mim rajin buat dessert tu

    ReplyDelete
  2. Nampak suka the kids buat agar2 tu :D

    ReplyDelete
  3. Menarik ni. PH save dulu resepinya. Mmg sesuai utk potluck kan...
    Tahniah anak soleh, rajin tolong ibu 👍🏻

    ReplyDelete
  4. Boleh try ni, takyah beli jelly yg susah nak buka tu. Buat koktel kakMim, mkn dgn fresh milk, uish!

    ReplyDelete
  5. Ya Allah rajinnya anak teruna kak mim. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form