Check-In di Seri Simanggang Hotel

No plan, no map, just vibes.

Hari Jumaat yang lepas ambik cuti rehat. Encik Suami pun cuti. Dan dan ustaz ngaji blast di WA grup, hari Sabtu kelas mengaji ditangguhkan ke 25/12 sebab ustaz masih di KL. Jeng jeng jeng, tetiba idea nak ke Sri Aman. Encik Suami cakap on, boleh gerak lepas solat Jumaat. Saya pun scroll Agoda, booking hotel. Jam 3 petang kami pun bergerak dari rumah.

6 petang selamat sampai di bahagian kedua, Sri Aman, bahagian yang terkenal dengan trademark burung merpati putih. Sampai je kami terus follow waze carik hotel. Tapi sebelum gerak ke Sri Aman saya dah call hotel bagitau kami akan late check-in sebab dari Kuching.

Senang je jumpa Hotel Seri Simanggang ni. Kami dapat bilik tingkat 7.

Bilik hujung sekali.

Beginilah biliknya. Macam biasa kami ada tilam angin untuk menampung kuantiti umat seramai 6 orang.

Boleh la, sekadar menumpang tidur semalam.

Tak perasan pulak bilik yang dibook dah termasuk breakfast. So turunlah jugak 2 orang keesokkan harinya.

Menu boleh tahan, ada banyak pilihan cuma lauknya sejuk! Kami yang turun jam 8 pagi bertabah makan makanan sejuk.

Sampai kat luar cafe pun ada stall. Tapi itulah, sejuk. Kami ke sini pun bukqn nak makan makanan hotel, adalah tempat yang Alan dah lama request. Next entri ya.

Deco krismas di hotel.

6/6 dalam lif, sempat. 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Belum pun sampai Sarawak, apalagi Kuching dan Sri Aman, moga sampai sana nanti. Banyak tempat menarik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la riki tiket murah jenjalan belah sini pulak

      Delete
  2. Trip mengejut gini yang seronok.
    Akak pun jenis kurang selera makan makanan sejuk. Kalau suami, dia ok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kalau plan kekadang last min x jd, last min cmni boleh je jadi

      Delete
  3. bestnya tidur hotel. tapi tu la, tak selalu dapat. enjoy ur trip kak mim.

    ReplyDelete
  4. Selalunya yang tak berapa dirancang tu yang menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak... pegi ptg jumaat, ptg sabtu dah ada kt kuching balik, hehe... balik hari pun boleh... mcm tawau ke lahad datu kot

      Delete
  5. bestnya staycation! mr hubby dh byk kali ajak gi staycation tp MZ ckp tak leh laaa sbb our boys lom abih UASA lagi ni

    ReplyDelete
  6. ala...makanan sejuk tu terus potong ...

    ReplyDelete
  7. Seronoknya tido hotel...aloooo...makanan sejuk ke..nape cenggitu...

    ReplyDelete
  8. Seronoknya dapat tidur hotel..Kalau boleh nak berangan tiap malam nak tidur hotel..
    Bila sebut Simanggang...nostalgia sangat teringT dulu,-dulu selalu dalam radio. Rancangan Rampaian Keselamatan pasti ada permintaan lagu untuk ditujukan kepada prajurit di Kem Simanggang..

    ReplyDelete
  9. wahhh.. impromptu je planning nya tu.
    Terus jalan ya.

    ReplyDelete
  10. dari tingkat 7 ke bawah mmg sempat sangat aihhh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form