30 Oktober 2024, genap 15 tahun seorang Kakmim bergelar seorang Ibu. Terima kasih Iman yang menjadikan ibu seorang Ibu!! So sempena ulang tahun Ibu dibelah perut buat kali pertamanya, Ibu mohon cuti rehat, alang-alang nak menguruskan urusan Baiti Al-IMAN.
Walaupun cuti, tapi tak celebrate pun birthday Iman. Balik sekolah, macam-macam pulak dibawaknya, BFF dia bagi. Alhamdulillah, happy jer dia. Masuk-masuk kereta tengoklah excited semacam show-off hadiah dari BFFnya seramai 3 orang tu.
Masuk kereta tak sempat bagi salam terus cerita itu-ini apa dia dapat. Happy sweet 15th birthday my Iman Madihah!!!
Memang sengaja nak rakam video dari dalam kereta, mesti dia ada bawak balik hadiah, betul jugak. Tersengeh-sengeh bawak 'rabbit' dia. Plan nak keluar hi-tea tapi hari hujan pulak, jadi malas pulak nak keluar. So Ibu masak je la malam tu, takde special celebration. Bukan apa, sebulan ni sejak pemergiaan arwah Nek Aki memang makan macam-macam dah, tak tau dah nak makan apa dah. Cuma lamaaaa tak makan makan homemade dari air tangan sendiri, itu je yang teringin.
Ini kisah hari Ahad yang lepas, celebrate birthday Ayah tapi tanpa kek. Makan kek pun muak. Ahaha. Kali ni brunch di Ling's Signature sebab Iman nak makan chicken chop.
Chicken chop Ayah dan Iman.
Ibu makan nasi goreng ayam je.
Nasi lemak sambal sotong Abang.
Spagetti carbonara Imran dan Idlan.
Crispy fried chicken Alan.
Sagu gulapong.
Yang ni appetizer, share-share je.
Watermelon jus & longan ice. Air rasmi lain tak lain dan tak bukan mestilah ice lemon tea. takde dalam gambar.
Esok nak check-in nak tengok regatta kononnya. Bulan 9 ari tu lagi dah booking hotel Riverside sebab nak book river view. Plannya nak bawak arwah nek aki sekali sebab dia memang suka tengok regatta (lumba perahu bot panjang). Tapi kita hanya merancang, Allah menentukan, Allah dah panggil dia dulu. Kalau dia masih ada, confirm dia yang lebih tau apa event yang berlaku di sekitar Kuching, kadang kami pun terpelas pandang event di Kuching ni. Al-fatihah buat arwah nek Aki.
Selamat ya Mbak telah menjadi ibu selama 15 tahun. Sungguh perjuangan yang berat menjadi seorang ibu dalam hal membesarkan anak-anak sehingga mereka tumbuh besar.
ReplyDeleteSalam,
Terima kasih pak TA atas doanya... mmg byk dugaan kan tp itulah pengalaman
DeleteHappy Birthday buat anakanda Iman 💐
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan kejayaan dunia dan akhirat.
Wah…menariknya, ada acara regatta.
Terima kasih atas doanya auntie Ujie.. semoga semuanya berbalik kpd auntie ya...
DeleteMeriah regatta tahun ni.. hihi
Anak dara saya yang seorang tu baru 12 tahun.. Hihi
ReplyDeleteOh ye ke.. sama la dgn anak bujang kedua sy... 1 batch ni 2012
DeleteHappy Birthday Iman 🎈
ReplyDeleteSemoga sukses selalu hendaknya 🤲🏻
Dalam banyak² tu PH terpikat dgn sagu gulapong tu la Kakmim 😋
Tq auntie PH.. boleh try buat sendiri sagu gulapog tu PH... sy buat x menjadi... part sagu tu mmg failed lah.. haha
DeleteHappy birthday dear Iman! moga jd anak solehah!! Iman sama umur dgn my 2nd son (ariff, pun umur 15 tahun, bday bln april)
ReplyDeleteTq auntie... nmpknya ada 2 org la anak kita 1 batch kn MZ
DeleteHappiest birthday Iman🥰
ReplyDeleteTerima kasih auntie
DeleteSagu gula pong itu sedaaaap 😍😍. Tapi kalo disini namanya bubur mutiara, Krn bentuk macam mutiara. Agak susah ketemu kuliner macam begini Krn biasanya dijual hanya pas ramadhan. Bubur sagu mutiara, bubur sumsum, bubur kolak pisang , bubur biji salak etc. Semua pas Ramadhan lah 😄
ReplyDeleteHappy belated birthday iman 🎉🎉🎉. Semoga selalu menjadi anak baik kebanggan ibu ayah yaa .. lancar sekolahnya, dan diberkati dengan kesehatan selalu ❤️
Trima kasih auntie atas doanya kpd iman... harus dia baca semua komen di sini
DeleteKalau teringin boleh buat sendiri sagu gulapong tu... tp sy pernah try x pass... trs malas dah mencuba... hahaha