Monolog Tahan Diri Daripada Membebel

Lama tak membebel, nak bebel kat budak, bikin naik darah je. Baik aku taip je.

Ada budak ni dari awal semester dah tegur pasal rambut, sekarang dah nak abis semester dah. Masih tak ada perubahan. Setiap kali jumpa tegur pasal rambut. Geram je. Dah la selalu ponteng. Perasan hensem, tapi tak hensem langsung pun. Serius, memang tak hensem, dengan olahan macam tu lagilah sakit hati nak tengok muka.


Budak-budak ni kan, bila dah jadi rebung memang sukar dah nak dilentur. Kadang-kadang macam tak sedar diuntung pun ada. Kita nak mereka jadi manusia, manusia berguna, tapi diri-sendiri tak boleh nak terima apa yang kita cuba nak terapkan, memang susah. Apatah lagi bila dari rumah jenis memang tak nak nak dengar apa orang tua cakap, apatah lagi kita ni orang luar yang bukan mak bapak mereka kan? 

Lagi satu, ada jenis yang suka cari alasan nak ponteng kelas. Setiap minggu memang tak ada orang lain, nama tu je lah yang suka cari masalah. Kita ni kesian dengan mak bapak di kampung, yang berharap anak tu belajarlah betul-betul tapi hmm... dia buat taik kat pensyarahnya di sini. Nak ikhlas pun macam tak boleh je.

Hujung-hujung semester ni memang tak sabar nak habiskan kelas. Malas dah nak jumpa mereka yang bermasalah tu lagi. 


5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Adui, kenapa lah macam tu ya. Attitude dan appearance tu, moga dia sedar secepat nya. Lecturer sehabisnya nak membantu

    ReplyDelete
  2. memang ada students yg jenis degil...tak leh nak tegur pun sbb dh besar panjang

    ReplyDelete
  3. Gunting kan rambut dia.. Jadi macam cikgu disiplin.. Hehe

    ReplyDelete
  4. Kalo student U agak susah rasanya kak. Mereka merasa dah dewasa. Beda cerita dengan student sekolah. Sama lah dengan di sini. Kalo dah university, puas mereka panjang2 rambut. Zaman sekolah mana bisa. Kena tarik jambang yg ada.

    Tapi ntahlah, saya melihat anak zaman skr lebih manja. Dimarahi sikit, mengadu Kat orangtua. Lalu parents pula lapor polisi. Banyaaak case macam tuh di sini. Padahal zaman saya dulu, tak buat homework bisa2 di jemur di lapangan sekolah. Mana ada kita berani lapor ke parents. Yg ada makin dilibas 🤣

    ReplyDelete
  5. Last year husband jaga satu department ni khas untuk student yang bermasalah. Macam-macam lah budak-budak ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form