Korang buat apa je hujung minggu ni? Minggu ni baru kami lekat kat rumah. Minggu lepas kami ke pekan kecil Lundu, program Family Day ofis. Tapi itu la tak dan nak update, minggu lepas busy yakmat. Siang busy di ofis, malam pulak busy di rumah, minggu UASA katakan. Kenalah duduk sama mengulangkaji. Anak exam, mak pun sama ulangkaji, duduk exam jawab soalan je tak. Hahaha. Eh, panjang bebenor pulak intronya.
Plan asal nak keluar awal pagi pergi top up stok bahan basah, tapi malasnya ya ampun. Dari semalam nak makan mee pok smoked duck tapi malas. Best pulak bergolek atas katil. So end up stay kat rumah, bekfes pun semua ready memang tak perlu masak itu yang jadi makin malas nak keluar.
Tapi petangnya terpaksa jugak keluar sebab kereta balik dari Lundu minggu lepas pun tak basuh lagi. Lepas cuci kereta barulah pergi makan. Paksa yang lelaki semua ikut, si kakak takmo ikut nak study katanya. Kakak takpe boleh tapau je nanti. So kami pun makan di Q Nasi Kukus di Metrocity. Bertahun dah tak makan kat kedai ni, ada pun makan order dari grab je.
Dah namanya Q Nasi Kukus confirmla menu pun nasi kukus. Cuma saya je order nasi kerabu ikan keli. Enjoy budak-budak ni makan, mungkin sebab last makan masa bekfes je.
Nasi kukus ayam goreng berempah. Staf tanya sambal nak asing ke tuang siap? Bagi asing je la kang budak ni tak makan pulak. Sekali si Abang dia tuang habis sambal masa makan, pedas tapi sedap kataya. Iyalah.
Nasi kukus kerutuk daging
Nasi kukus ayam penyet. Jarang kedai celur kobis, kat sini diprang celur dulu kobis tu. Sambal ni pun pedas-pedas manis.
Nasi kukus ikan keli. Ikan keli goreng tepung agak kering macam tak feel pulak nak ratah isi ikan. Nasib sedap la, maintain rasanya dari dulu lagi. Owner kedai ni asal KB, Kelate tapi kawen dengan orang sini. Sebab tu rasanya memang rasa ori Kelate.
Kami, 5/6 tanpa si kakak.
Keropok lekor dilupa jangan. Padat isinya dengan sambal pun pedas manis.
Ini antara hasil decluttering baju hari ni. Packing siap-siap nak bagi orang lepas ni.
Begitulah hujung minggu saya ya teman-teman.
My weekend sibuk antar my razeen gi tusyen, dan semlm i attend convo uia
ReplyDeletesiap masuk plastik selai-selai, bagus nya kak Mim.
ReplyDeletekopok leko tu nampak sedap pulak
Biasa juga makan nasi kukus.. Biasa hari Jumaat lepas ambil anak-anak sekolah, singgah tapau nasi kukus..
ReplyDeleteSedap makan nasi kukus. kalau beli bungkus pun ok sebab nasi kukus lambat basi.
ReplyDeleteSame here, sibuk dgn aktiviti anak⁴ plus diorg pun UASA minggu ni. Ada yg baru mula, ada yg dah nak habis. Gitulah...
ReplyDeleteBestnya nasi kukus ni, macam² pujak pilihan lauknya. Sy sll beli tepi jalan, lauk ayam berempah je regunya :)
Nampak sedap nasi kukus kat sana..akak hari tu beli kat food court bawah office ni x sedpa langsung
ReplyDeletemasih manis lagi ke kobis setelah dicelur?
ReplyDeleteSaya lebih suka kobis di celur drpd di goreng . Kebanyakan di sini goreng, tak sehat langsung 😂. Tp memang lebih sedap makan mentah.
ReplyDeleteLauk2 lain pun kliatan sedap, trutama yg kerupuk daging 😍