Kira Pendapatan Asas Untuk Kehidupan Wajar (PAKW) Dengan Kalkulator MyPAKW

Apakah PAKW?


Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) ini dibangunkan secara sistematik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memberi satu nilaian kos kehidupan wajar. Pembangunan PAKW telah bermula sejak 2018 dengan mengambil kira corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan kepada Survei Perbelanjaan dan Pendapatan Isi Rumah yang dilaksanakan secara berkala. Pengiraan PAKW adalah berdasarkan konsep dan panduan daripada A Methodology to Estimate the Needs of Workers and Their Families (2021) yang diterbitkan oleh International Labour Organization (ILO).

PAKW merujuk kepada amaun perbelanjaan penggunaan bulanan yang diperlukan oleh isi rumah/individu untuk menjalani kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan. PAKW tidak termasuk perbelanjaan bukan penggunaan yang dilakukan oleh isi rumah/individu untuk kewangan lain seperti simpanan, pelaburan dan bayaran balik ke atas pinjaman.

Nilai PAKW dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri-ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah. Justeru, nilai PAKW bagi setiap isi rumah adalah berbeza mengikut ciri demografi dan lokasi tempat tinggal isi rumah.

Pembangunan PAKW berasaskan prinsip keperluan melebihi minimum (above minimum) dengan mengambil kira tiga aspek kehidupan wajar iaitu keperluan, kehendak dan penyertaan sosial berdasarkan corak pendapatan/perbelanjaan kumpulan isi rumah 30-80 peratus. Kaedah ini turut mengambil kira kos makan di luar dan konsep minimum-diversified bagi pilihan perbelanjaan makanan. Bagi komponen makanan, PAKW mengambil kira keperluan pemakanan asas yang memenuhi keperluan nutrisi seimbang dengan piawaian kesihatan yang disyorkan oleh Recommended Nutrient Intake (RNI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kos perumahan, nilai yang diambil adalah nilai sewaan yang setara mengikut kesesuaian lokasi tempat tinggal dan saiz isi rumah.

Pengiraan kos sara hidup wajar turut dibuat di pelbagai negara tetapi menggunakan terma yang berbeza seperti cost of living index, household living-cost price indexes (HLPIs) and decent living.

Hakikatnya, setiap individu dan isi rumah mempunyai corak perbelanjaan sendiri. Justeru, MyPAKW mengira nilai PAKW berdasarkan keterangkuman maklumat perbelanjaan isi rumah/individu mengikut lokasi dan ciri-ciri demografi.

Kegunaan MyPAKW

MyPAKW mengira perbelanjaan asas kehidupan wajar berdasarkan kepada dua faktor utama iaitu lokasi dan ciri-ciri demografi seperti umur, jantina dan saiz isi rumah.

Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat lokasi iaitu negeri, daerah dan lokaliti serta maklumat ahli isi rumah iaitu bilangan ahli isi rumah, umur dan jantina.

Asas pembangunan PAKW ini adalah berdasarkan kepada profil penduduk, corak pendapatan/perbelanjaan isi rumah dan harga barang dan perkhidmatan di sesuatu kawasan yang diperoleh daripada pelbagai banci dan survei yang dilaksanakan secara berkala oleh DOSM.


Jom Kira PAKW

Marilah kita mengira Pendapatan Asas Untuk Kehidupan Wajar kita ya. Saya dah try dah. Beginilah ya untuk 6 isi rumah.


So anda pula bagaimana?  Sila layari pautan ini https://mypakw.dosm.gov.my/ ya. Jom kira!








10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. i dh buat jugak semlm..for me family of 5 kat gombak, RM7k+ laaaa...kos tinggi sbb gombak tu sgt2 dekat dengan KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la jgn nk sesuka hati nnt nk letak kita as T15 ka T20 ka... kan?

      Delete
  2. kalau MZ pun RM 7k lebih...linda 6 beranak nie..mau dekat RM10k...hihihi..pdahal pendapatan isi rumah tak sampai banyak tu pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalkulator ni kira berdasarkan isi rumah je.. tmpt tgl pun x spesific.. kira je la percayanya jgn.. haha

      Delete
  3. Baru kira, untuk kami 5 orang kalau bandar RM7.5 tapi bila letak luar bandar RM5.5
    Ambil in between je lah kot sebab tersepit di tengah-tengah pembangunan 😁

    ReplyDelete
  4. Emmm.. Perbelanjaan saya lebih dari PAKW.. Macam mana tu.. Jangan nanti kena tarik subsidi RON95 dah le.. Macam tak boleh guna je formula ni.. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini nk dijadikan alasan je utk nak tarik subsidi tu semua.. namanya T20 la mahakaya la tp tanggungan tu sama je dengan b40 sbnrnya

      Delete
  5. Waaah menarik juga, bisa mengira2 perkiraan tanggungan serumah yaa. 🤭. Walau menurut komen di atas agak tak sahih hasilnya 😅. Penasaran pula kalo pengeluaran normal macam saya di jakarta 😄. Tapi rasanya tak jauh beda dengan KL. Kalo lihat dari harga2 bahan pokok di sana, sama dengan jakarta

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form