Bekal Apa Hari Ini?

Bekal apa hari ini??
Hihihi.

Sebab semalam memang tak sempat langsung nak jenguk blog, so hari ni kenalah update apa adanya. Paling senang cerita pasal bekal untuk breakfast la kan? Saya simple je, apa yang #theIMANs bekal, itulah menu yang sama saya bawak untuk breakfast depan pc ofis. Biasalah kera sumbang makan sengsorang je. Eh? Kera ke? Bukanlah. Saya sejenis tak suka makan ramai-ramai, makin menua makin malas pulak nak berkumpul ramai-ramai dengan topik random. Lagipun saya sampai awal, baik breakfast awal boleh mula kerja awal kan.

Semalam balik kerja, marinade ayam-ayam dan bakar masuk oven. Asalnya nak buat 3 bahagian je, last minute plan dinner umah mak sebab birthday mak so saya beli lagi guna grab, tambah 9 lagi bahagian, so total 12 bahagian. Sengaja buat lebih, boleh makan untuk hari ni pulak.


First batch ayam semalam, tapi yang 1 sawo matang sangat tu second batch masuk oven, campur je dalam bekas yang sama. So balance ayam yang bawak dinner umah mak malam tadi ni la, saya pocong-pocong (dibaca: potong-potong) untuk add on menu mee goreng pagi ni. Begitulah kehidupan mak-mak ya, kena la bijak merancang strategi kehidupan.



 

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bukan bekal sarapn biasa-biasa ni.. Menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menyelerakan tp kuantitinya sikit.. kang kenyang sgt tu payah jugak

      Delete
  2. Sama kita Mim, tak suka makan ramai² kecuali jika ada acara tertentu. Biasa sy makan jer depan pc sendiri ni. Sedap nampak bekal Mim tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. kita sama la kak... jimat masa kan... sesambil mkn tu boleh jugak layan blog

      Delete
  3. hari-hari fikir nak masak apa...adudu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti² anak dh besar sekali-sekala je kita fikir menu nk masak linda... masa tu tgl la kita dgn tok laki kita je.. hihi

      Delete
  4. Kak SA makan memang kat depan laptop kat workstation sendiri, x suka makan kat pantry...minggu depan kena disiplin bawak bekal ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bekfes tiap ari bekal, cuma lunch kadang mkn kt umah kadang kedai sbb kena ambik iman sekolah

      Delete
  5. Setuju ayat last tu, penting utk kita rancang. Silap perancangan @ tiada perancangan satgi kita la mak2 yg stress & penat kan. Even bab² dapur pun...
    Sedaplah ayam bakar. 2x dah jumpa kat blog kawan² pagi ni, macam nak kena masuk list menu gak ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilek sgt kalau bakar ayam PH, siang ni marinade mlm karang rilek2 tgu ayam masak dlm oven boleh jugak rest lipat kain ke... sendiri kena pandai manage emosi sendiri, bak kata lirik lagu, bahagia itu sederhana, xyah nk komplikated sgt

      Delete
  6. Ayam bakar, menu ringkas, mudah disediakan dan sedap!

    Akak jarang bercampur orang, jadi tak pandai nak ikut berbual bila berkumpul ramai-ramai 😄.


    ReplyDelete
  7. kita mak, kita rule the kitchen and the house hahah..

    ReplyDelete
  8. Betul lah kak, makin kesini saya lebih memilih utk makan sorang2 atau dengan teman yg saya anggab sefrekuensi saja. Tak nak makan dengan orang yg tak akrab. Fokus dah berbeda 😄

    Ayam bakar tuh nampak juicy sangaat.😍😍. Apalagi kalo sambalnya pedas, mantaaap ,👍👍❤️

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form