Kisah yang tertangguh, yang belum disimpan di blog, iaitu kesinambungan dari kisah diserang sawan ketika tidur pada bulan September yang lepas.
26/9/2024 saya dan Encik Suami mohon cuti rehat untuk membawa Imran untuk temujanji prosedur EEG. Prosedur dibuat di Blok Day Care Unit Neurofisiologi, Hospital Umum Sarawak.
Saya dan Imran terus bergegas ke kaunter pendaftaran di Day Care sementara Ayahnya pergi cari parking kereta. Orang belum berapa ramai lagi. First time masuk blok baharu ni. Dalam menunggu tu sibuk jugak la memerhati persekitaran blok baharu tu. Not bad juga perolehan dan ID blok ni, memang nampak up-to-date sikit la berbanding blok lama.
Kami dapat no 1022 dan kena tunggu 10 orang lagi untuk buat bayaran. Masa tu saya tak teringat langsung nak guna GL. Bila Encik Suami sampai dia terus tanya di kaunter pertanyaan berkenaan GL. Tetiba Encik Suami cakap, jom. Eh setel dah ke? Slip no 1022, saya bagi je kat seorang ibu muda yang baru sampai di situ. So tak payah la dia ambil no just tunggu je la no 1022 yang tinggal beberapa orang je lagi. Kami pula terus ke Unit Neurologi tanpa perlu buat bayaran. Percuma buat sementara ni, sebab guna GL.
Sampai je di Unit Neorofisiologi tu rupanya kawan En Suami. Sembang-sembang sambil dia isi form, tanya itu ini dan Imran pun masuk ke bilik prosedur. Kami terpaksa tunggu di luar je.
Dalam 30 minit jugakla prosedur. Tak ramai patient, ada 3 orang je. Imran yang ke-2.
Bila selesai prosedur, beginilah dia keluar dari bilik tu. Nak kena membasuh rambut dan kepala pulak. Kalau tau bawak towel. No wonder sinki di toilet di situ ada air panas, rupanya kalau guna air panas senang lagi nak tanggalkan krim yang macam gam ni.
Macam ni la kata Imran, dia baring dan staf pasangkan wayar-wayar tu kat kepala dia. Masa prosedur tu tengah running dia cakap dia tertidur. Abis ya kamek mok molah apa, tido jaklah, kata Imran.
11/10//2024 pula kami ke hospital lagi tapi kali ni ke Wad Paediatrik untuk jumpa doktor untuk review keputusan EEG. Tahun 2024 ni paling banyak nampaknya jejak kaki ke hospital untuk urusan perubatan. Alhamdulillah, tidak ada yang membimbangkan. Nantilah saya update 1 entri lain berkenaan keputusan EEG.
Setel jumpa doktor, sekejap je. Appointment jam 3 tapi sebelum jam 2 kami dah queue untuk ambil no. Dapat masuk jumpa doktor dalam jam 3 suku macam tu. Memandangkan hujan lebat time tu saya dan Imran lepak di foodcourt je sementara Ayah masuk ofis. Macam tertarik pulak dengan menu western. Tanya Imran dia lapar tak, dia kata tak lapar sangat tapi boleh je makan. Haa.. baiklah.
Makanya saya order grilled chicken chop with rice. Not bad rasanya. Ayam pun besar. Hujan-hujan pulak tu memang ngam la perut pun meminta-minta untuk diisi.
Selepas jam 5 barulah kami bergerak balik. Sebelum tu kena sidai dulu di ofis Ayah. Siap saya pun terpaksa tolong buat kerja-kerja key-in data, nak balik cepat punya pasal. Hahaha.
yang penting, perut dah selamat di isi...alhamdulillah, tiada yang serius buat imran..
ReplyDeleteUntung sangat tu boleh guna GL. Ye betul juga kata Imran, tidur je lah tak tahu nak buat apa. hihi..tapi boleh pulak tu dia tidur. Bagus dia berani. Semoga keputusannya baik baik je. Aamiin...
ReplyDeleteSemoga baik² ye Imran...
ReplyDeleteHujan & makan, regu terbaik ahak!
moga yg baik2 ajer utk Imran
ReplyDeleteAllahu Akbar!
ReplyDeleteCemas betul kalau bab yang melibatkan anak-anak.
Moga Imran sembuh sepenuhnya ya sayang.
Iman, awak mengingatkan auntie yang pernah tertidur masa buat facial, hahaha. Alhamdulillah, nampak sihat dah Imran. Semoga tiada yg memudaratkan dari kesan sawan tu, insyaAllah.
ReplyDeleteSemoga Imran baik-baik sahaja.
ReplyDeleteNasib baik boleh guna GL..harap Imran lekas sembuh dan baik- baik aje ye
ReplyDelete