Sarapan Apa Pagi Ini?

Yuhuu!! Lama kan tak post menu breakfast kita. Hari ni bekal chicken slice sandwich with cheese je untuk breakfast. Hahaha. Daun salad ada je tapi dah dekat nak sebulan dah, masih tak berkurang lagi. Ingat dulu grocery shopping lepas pergi rumah nek aki, sebelum dia dimasukkan ke hospital. Lepas tu, semuanya terbiar sepi di rumah bila dah setiap malam ada tahlil di rumah nenek.

Masa on the way ke ofis, memang niat di hati nak minum teh o. Tapi bila sampai ofis, macam bersalah pulak nak minum teh o bergula. So ambiklah uncang green tea terakhir. Cun pulak habis ek, macam tau-tau pulak hari ni payday. Saya mati-mati ingat payday esok, rupanya hari ni. Kalau member tak tanya dalam grup wasap tadi, memang tak check la account. Hihihi.

Sepatutnya bulan ni saya kena kaw-kaw jaga makan, cut sugar sebab bulan depan ada appointment klinik, nak review lagi urine yang problem hari tu. Tapi memandangkan bila dah buat tahlil arwah, macam-macam menu makanan, kuih-muih lagi. Untuk jamuan tahlil arwah saya selaku ketua JK Makanan tetap tapi status tak berpencen, yang akan tentukan menu. Selalunya kami tempah 3 menu je untuk sedekah lepas bacaan tahlil arwah di rumah nek aki. 3 menu dan nasi putih dan 2 jenis kuih. Tapi rezeki nek aki memang tak pernah putus-putus sejak dari tahlil malam pertama dia. Kadang-kadang terpaksa tambah meja lagi bila sanak-saudara sedekah lagi lauk dan kuih-muih untuk dijamu bersama. Alhamdulillah, kekadang jadi risau pulak tengok makanan banyak sangat, tapi syukur alhamdulillah, habis jugak bila sanak-saudara balik bawak tapau masing-masing. Kita panjangkan lagi sedekah orang lain kan.

Yang baju biru tua tu la konon-konon terpaling busy, ambik lauk dari katerer sampai tertumpah kuah di baju masa dalam kereta. Berat maintain je nokkk (sedih) walaupun masih cut sugar sebabnya makan banyak. Huhu. Encik Suami pun mengadu bulan ni memang terasa berat badan dia naik. Walaupun macam tak selera nak makan bila orang ramai, tapi bila dah makan ramai-ramai, selera pulak nak bertambah. Adoi la.

Dalam gambar di atas antara kazen sedari kecil bersama jika ada kenduri-kendara. Tapi tak semua pun berkumpul. Ini pun diorang panggil ajak bergambar bila nampak saya ke hulu ke hilir check lauk-pauk. Dalam galeri henfon, memang takde pun gambar masa tahlil, gambar lauk, penat, kekadang henfon pun tak ingat letak kat mana. 

Hari ni hari ke-23 pemergian arwah nek aki. Bersama kita sedekahkan al-fatihah khususan Hj Abg Mohd Salleh bin Abg Zen. Al-fatihah.




 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alfatihah buat arwah dan salam takziah kak.... bila ada majlis tahlil ni dapat la jumpa saudara mara terdekat, bila dah ada tugasan semua dah tak ingat selalunya.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainna ilaihirojiunnn... Salam takziah, Mim sekeluarga. Tak perasan ada entry Nek Aki meninggal atau sakit. Cantik orang baju biru tua tu walaupun ada tumpah kat baju, tak nampak pun.

    ReplyDelete
  3. Moga arwah tenang di sana.
    Cantiklah sandwichnya tu Mira.

    ReplyDelete
  4. Alamak... cukup ke sandwich nya tu.

    ReplyDelete
  5. Oh payday tgl 24 ya kak. Di sini pula 25 😄.

    Alfatihah untuk nek aki. Rezeki dari banyak orang, melimpah makanan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form