Cerita staycation di Astana Wing belum habis lagi sebenarnya. Bila dah playing tourist, biarlah semuanya acah-acah tourist. So malamnya kami jalan kaki ke kedai yang dimiliki influencer/emcee terkenal di Sarawak iaitu Chopie Chakap. Saya kali kedua ke sini, first time dulu dengan geng-geng UPM. Tapi Ayah Iman dan #theIMANs semuanya first time ke sini. Lokasinya belakang Astana Wing je, berdepan dengan entrance Hilton Hotel. Sebelah Kopicut ni pun ada Tune Hotel.
Wajib posing di depan kedai sebab muralnya memang gambar trademark Kopicut ni, iaitu kopi tak tun tuang.
Ini haaa...kopi tak tun tuang. Susunya lupa pula diambik gambarnya.
Sebelum nak menikmati kopi tak tun tuang, kita kena tuang dulu susu ke ketulan kopi O ais ni.
Trademark kedai ni jugak rasanya selain nasi goreng mak tiri, tapi yang ni nasi goreng Borneo Street. Ada ikan terubuk masin, sambal belacan Sarawak style dan telur mata. Nasi goreng mak tiri menjadi sebutan juga di sini tapi saya malas nak try sebab orang kata pedassssss.
Nasi goreng cornbeef, yang ni memang favourite #theIMANs. Ini menepati KPI.
Ini favourite Abang, spagetti carbonara. Abang cakap kuah cair sangat, ertinya belum mencapai KPI dia la tu. Tapi habis jugak.
Chicken chop Ayah dan Alan. Portion kat sini agak banyak, nasik jugak tak order sorang satu menu. Chicken chop so far sedap gravynya.
Simpan sini menu yang kami order.
Selfie-selfot dengan si sulung dan si bongsu.
Sebelum balik, menyempat posing sekejap sementara orang belum ramai.
We are family. Hoyeahh!!
Nak makan ke sini lagi? Kena tengok luck jugak kot sebab area sini susah nak parking. Parking yang ada parking tepi jalan je lepas tu depan hotel pulak, memang tengok nasib la. Kalau stay di hotel area sini senang la jalan kaki je. Nak karaoke pun diorang ada tempat karaoke di sebelahnya, Star On Stage. Nak ke Waterfront pun dekat je jalan, semuanya seberang jalan je. Hehehe.
Tags
Food Review
Amboi, namaaa... Nasi Goreng Mak Tiri. Sebagai ahli persatuan mak tiri semalaya, sy teringin pulak nak rasa, hahaha. Kopi Tak Tun Tuang tu nanti nak cubalah buat sendiri kat rumah.
ReplyDeletesy pun x rasa lg kepedasannya.. hihihi... nnt dh buat kopi tak tun tuang tu boleh jd konten kak... share nnt tau
Deletebestnya dpt spend time mkn2 bersama famili ;)
ReplyDeletetudia...nasi goreng Mak Tiri ye namanya...seram plak...lepas makan garang macam mak tiri x?
ReplyDeleteuntung lah mak tiri dapat nama :P ye lah carbonara dia nampak cair tapi kalau si abang habiskan maksudnya sedap juga
ReplyDeleteChicken chop tu nampak sedap, sebab favorite hehe.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera bersama keluarga tercinta.
ReplyDeleteKopi tak tun tuang tu pandai diorang budget.. ngam2 je susu nya masuk dalam gelas.
ReplyDeleteNaah saya sukaaa kalo kopinya dibuat ice cube. Jadi saat mencair pun tak akan rasa hambar karena kebanyakan air. Menariiik tempatnya kak. Mural pun baguus 👍
ReplyDelete