Ayam Kam Heong Resepi Khairul Aming

Lama dapur saya tak berasap. Sekadar masak untuk bekal ke sekolah je, malam jarang masak sejak awal bulan 10 ni. Hari tu kelmarin masak la sebab dah lama tak masak kan? Hahaha. 

Sebenarnya dah lama mengudam nak masak ayam kam heong ni, baru ni la tercapai hasrat di hati. Sedap rupanya. Resepi KA ni memang confirm jadi. Tapi saya derhaka resepi sikit, letak air sikit sebab #theIMANs ni suka makan berkuah. Kang kering kang Ibu jugak yang dipersalahkan.


Simpan sini lah resepi supaya mudah saya nak refer balik nanti. Jom!

Bahan A (untuk gorengan)
1/2 ekor ayam 
1/2 sudu kunyit 
Garam 
1 sudu tepung beras 

Bahan B (untuk tumisan)
1.5 biji bawang holland 
4 ulas bawang putih 
3 tangkai lada kering 
Daun kari 
2 sudu serbuk kari 
1 cawan air 
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
2 sudu kicap manis 
Garam 
Cili merah (untuk hiasan)

Cara membuatnya macam masak menu lain-lain jugak la. Hehehe. Mode malas nak taip dah ni. Ampunnnnn.

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ooo begini resipinya.
    Pernah masak ayam kam heong tapi ikut resipi Chef Wan. Ada beza sikit.

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak terlalu suka kalo terlalu kering. Masak ayam begini biasanya pasti tambah air supaya ada kuah2 sikit 😁😅

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form