Andai Tiada Dia

Drama adaptasi novel 'Andai Tiada Dia' karya Rissa Ahdiya memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim. Andai Tiada Dia akan mula disiarkan pada 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104). Juga boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.


Andai Tiada Dia
Episod: 36
Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
Penulis Novel: Rissa Ahdiya
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Haikal
Ummi Nazeera sebagai Suri
Mimi Lana sebagai Intan
Zahiril Adzim sebagai Falah
Husna Mustaffa sebagai Erma
Lan Siro sebagai Ikhwan
Kodi Rasheed sebagai Rafiq
Mia Nasir sebagai Bainun
Auni Yusri sebagai Yasmin
Adam Malek sebagai Wafie Chamber
Rosnah Johari 
Mas Anizan
Rahim Omar
Riz Amin
Zarynn Min

Lagu Tema (OST)
Lagu: Nurcinta
Artis: Amir Masdi
Penulis Lirik: Amir Masdi & Edry Abdul Halim
Komposer: Amir Masdi & Edry Abdul Halim



 

Sinopsis Andai Tiada Dia

Mengisahkan pasangan Suri (Ummi Nazeera) dan Haikal (Hisyam Hamid) yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi tersebut, Suri memohon izin daripada Haikal untuk melakukan rawatan IVF, namun Haikal tidak berminat kerana sudah bahagia dengan kehidupan mereka tanpa anak.

Namun, keadaan berubah apabila kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi yang masih kecil. Kehadiran bayi ini menyentuh hati Suri yang ingin menjadikannya sebagai anak angkat. Namun, kehadiran Intan (Mimi Lana), adik Suri, dalam kehidupan mereka mula merumitkan segalanya apabila Intan dan Haikal mula menjalinkan hubungan sulit, menambahkan lagi konflik dalam rumah tangga mereka.


Pendapat Peribadi Kakmim

Bila dengar Ummi Nazeera yang jadi pelakon utama, ada Mimi Lana pulak tu, memang excited nak tengok, tapi bila dah tengok sikit-sikit di IG reel dan VTT, saya hampa. Kenapa watak Suri terlalu lemah dalam cerita ni? Sikit-sikit nangis, sikit-sikit buat muka sedih mintak maaf. Nasib baik tak layan di tv. Lagilah sakit hati. Saya tak suka watak suami toksik macam watak Haikal dalam cerita ni. Dah lah merendah-rendah isteri dan memperbodohkan isteri sendiri. Lepas tu ego pulak tu, tak suka baby Lukman sebabnya dia tak ngam dengan abang dia. Apalah salah budak kecik tu. Watak Intan penyondol tu pun, eei geram. Kenapa la penulis novel suka buat cerita macam ni. Sebab tu la saya jarang suka layan drama yang diadaptasi dari novel macam ni. Melalut sangat fiksyennya. Imaginasi tu entah apa-apa. 

Walaupun cerita ni on going, saya decide tak follow. Nanti dah habis baru nak tengok endingnya. Tak suka betul tengok seorang isteri dimarah-marah suami, dibentak-bentak, diperkecilkan maruah diri. Isteri tu cikgu tau, bukan orang gaji. Saya pulak emo tengok. Daripada layan emo baik tak payah tengok langsung kan? 

21 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Itu yang jarang layan drama Melayu.. stereotype je jalan ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... realiti kehidupan katanya tp x suka jugak tgk walaupun hanya lakonan semula

      Delete
  2. tu yang jarang folo drama melayu nie...kalau yang jenis komedi tu ok...mcm trending dulu Kampung people...tapi tulah, yang 1st season je best..dah masuk kedua..tak menarik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekadang je sy follow linda kalau ada jalan cerita lain dpd lain sikit

      Delete
  3. Pelakon dia dikenali jugak ni tapi kalau watak macam lemah tu kadang saya yang tengok pun geram sebab lemah sangat. Paling tak berkenan jalan cerita yang lebih kurang sama jadi saya suka tonton filem bollywood atau tamil atau inggeris sebab banyak yang jalan ceritanya unik berbanding stereotype dan boleh jangka jalan ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya pelakon semua best... sy sejenis x suka tgk ceta sondol menyondol macam ni.. mmg realiti kehidupan tapi lebih baik jaga emosi sendiri x tgk

      Delete
  4. MA pun x suka layan cier melayu sgt but pelakon2 dia mantap. So MA dah beli novel nya, ada sedikit perbezaan dlm novel & dlm drama ..lagi best baca novel kot..pd pandangan MA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya dia akn ubah sikit kan jalan cerita berbanding novel

      Delete
  5. Selamat menonton.. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. saya minat mimi lana :) tp biasanya tgk dia berlakon kat filem jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada cerita dia sbg khalish tu dia yg disondol, skrg dia pulak menyondol

      Delete
  7. Kita samaaaa 🙌🙌🙌. Saya tak sukaaa film atau serial yg berbau selingkuh atau poligami. Emosi dibuat. Better saya baca spoiler. JD tak lah sakit hati kalo menonton.

    Ada beberapa serial Indonesia yg berbau selingkuh dan poligami macam layangan putus dan yg terbaru Ipar adalah maut, semua bilang bagus.

    Saya tak nak lihat. Buat sakit kepala yg ada 🤣🤣. Better saya nonton film horror.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni sama la macam ipar adalah maut sebab yg menyondolnya ialah adik dia sendiri, geram je tgk, so jaga emosi sendiri tak payah tgk.. haha

      Delete
  8. Hahahahah ya kaaaan. Habis nonton bukannya happy, malah bad mood 😂😂. Trus silap2 bisa suami yg dijadikan sasaran kemarahan dan curiga 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb itulah encik suami x bg tengok ceta mcm ni.. nnt dia pulak yg dpt tempias.. hahaha

      Delete
  9. Pernah tengok sekali dua je..lepas tu x nak tgok dah...mendidih hati...

    ReplyDelete
  10. tengah marathon tengok drama ni sambil shred paper di office

    ReplyDelete
  11. sllu juga lalu dkt fb cebisan episode agak menyakitkan hati mak-mak juga tgknya..sha xtgk cerita tv3 sbb xda siaran haha..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form