Tajuknya bisa bikin gempak. Ahahaha. Kisah bulan 6 hari tu, sebelum hari raya haji. Lama dah simpan gambar di draft tapi tak berkesempatan nak menaip contentnya. Tahun 2024 ni macam selalu pulak menjenguk klinik kesihatan.
Alkisahnya, bangun pagi tengok tangan kanan bengkak! No wonder sebelah malamnya masa tidur rasa menyengut-nyengut dari pergelangan tangan sampai ke siku. Bila bangun pagi, tangan bengkak tak boleh nak lurus. Masa tu memang mengharapkan tangan kiri je la. Semua buat guna tangan kiri. Taip di henfon pun tangan kiri. Nak masak tak boleh. Dan #theIMANs terpaksa 'dicutikan'. Ibu sakit, semua tak sekolah. Bukan apa, sebab nanti nak ke klinik, tak dan pulak nak ambik diorang balik sekolah.
Bila ke klinik, doktor pun suruh buat x-ray. Dan beginilah rupanya tanganku yang bengkak itu. Estetik jugak kan gambar x-ray?
Tangan kanan bengkak, tak boleh lurus. Nak sign dokumen di klinik pun susah.
Bila dibengkokkan, beginilah rupanya.
X-ray dari siku. Memang terbaiklah colleague Encik Suami yang buat x-ray.
Sebab gambar-gambar xray ni estetik, so saya simpan sini buat kenangan.
Ubat-ubat yang doktor bagi. Saya habiskan antibiotik je. Painkiller saya ambik sekali je.
Doktor advise pakai anduh di rumah untuk 'rehatkan' tangan. Merasa jugak la jadi 'Queen' di rumah bila pakai bendalah ni. Saya cuma bagi arahan je, yang tukang buatnya semua ahli rumah yang lain.
Bila rasa dah ok sikit terus nak goreng ikan sebab tu kuku ada kuning-kuning tu. Lepas tu sakit balik dah tangan, dah kena pakai anduh lagi. Hehehe.
Masa ni doktor bagi MC 3 hari terus bersambung ke raya haji. Masa tu saya memang dah apply awal cuti gantian selepas raya haji. Sebab tu masa raya haji tak dapat nak lasak-lasak sangat tolong orang potong daging korban.
Begitulah kenangan di tahun 2024. Si adik bongsu pm tepi si kakaknya,
"Kak Ira kenak tangan kitak kembang?"
"Main henpon banyak sangat!"
Ahahaha. Kakaknya saja nak mengenakan dia, sebab dia asik berkurung dalam bilik main henfon.
Kita kasi gertak sikit. Ahahaha.
Sampai sekarang masih tak tau sebab apa bengkak, doktor kata sebab over-used tangan kanan, pegang henfon, postur menaip yang salah, memasak, itu je lah yang saya buat tiap hari. Nak angkat benda berat memang tak ada pulak. Biarlah ia menajdi misteri, dah check darah apa semua, ok je. Kenangan tahun 2024.
kenangan tu tp kalo dh bengkak mmg bahaya nk buat kj..nk plak belah kanan kn
ReplyDeleteMmg betul-betul dugaan.. merasa jugak la jadi oku tgn knn x berfungsi.. nasib x lama
DeleteTangan kalau dah sakit nak buat apapun payah kan
ReplyDeleteTgn kanan pulak tu.. mmg terasa kepayahannya.. semua harapkan org.. nk mkn pn kena guna sudu
DeleteBiasanya kalau yang kerja opis (banyak menaip) kena carpal tunnel syndrome.
ReplyDeleteTapi doc tak cakap, jadi bukanlah ni.
Bagus jugak jadinya cerita ni utk gertak budak-budak yang suka memerap main hp 😄
Bkn CTS kak.. confirm sbb dh check darah.. br sekali tu je jadi mcm tu
DeleteJadi, skrg tangannya ada masalah lain, tak, Mim? Semoga tak berulang sakitnya tu dan benar2 sembuh, Amiinnn YRA.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak.. xde apa yg membimbangkan.. semoga kisah lalu x berulang kembali
DeleteMungkin banyak bekerja menggunakan komputer/laptop kot KakMim. Macam yang kak Ujie cakap. Semoga bengkak berlalu pergi dan tangan kembali pulih.
ReplyDeleteDh x bengkak dh fiza.. rasanya sbb main hp jugak tu 🤭
DeleteAllah mok beri cuti ya sebenarnya. Syukur bukan sebab carpal tunnel syndrome.
ReplyDeleteIya lah, nampak estetik foto X-ray nya 😄😄👍. Selama ini tiap melakukan X-ray tak pernah pula saya perhatikan detil hasilnya 🤭
ReplyDeletescary jugak kalau tiba2 jer sakit tgn ker kaki ker...moga2 terus sembuh tak berulang dah penyakit tu!
ReplyDelete