Staycation di Astana Wing, Riverside Majestic

Kisah cuti sekolah yang lepas, last minute booking Astana Wing, Riverside di Agoda. Hotel yang berhadapan dengan Waterfront dan di sebelah Hilton. First time kami staycation di sini. Dulu pernah buat booking tapi tetiba kena PKP balik, terus cancel booking. Cuti sekolah tak ada plan pun sebab Ayahnya tak dapat cuti. Boring pulak asik kerja, kerja, cuti sekolah pun tak dapat cuti. Saya kebetulan cudi mid sem sama dengan cuti sekolah so memang on jer lah cuti. 

Mulanya saya ingat lobi di tingkat bawah, rupanya lobi kena naik eskalator di tingkat 1.

View di lobi, best sangat la kalau lepak makan-makan kek sambil tengok view Sungai Sarawak dan bangunan DUN.

Saya memang booking bilik river view sebab nak tengok pemandangan. Dapat bilik di tingkat 6. Bilik 636, berdepan pulak dengan lif. Tak jauh nak jalan. Di seberang sungai tu Kampung Boyan & Kampung Gersik. Nak beli kek lapis dan ikan terubuk di area sana boleh la naik perahu tambang ke seberang.

View dari tingkat 6. Nampak tak perahu tambang?

Di kejauhan nampak juak Jambatan Darul Hana.


Bilik twin sharing, tapi katilnya besar.


Ada connecting room, sesuai sangat kalau check-in ramai-ramai dengan adik-beradik ni lain kali.

Toiletnya, takde bath tub.

Kisahnya mandi kolam, (tujuan utama staycation), rupanya pool share dengan Puteri Wing. Puteri Wing di wing lama Riverside Majestic. So kami kena turun lif, jalan ke pedestrian yang menghubungkan Astana dan Puteri kemudian naik lif lagi barulah sampai di swimming pool. Pool nya pulak open, tak macam di Raia Hotel. Kalau hari panas, memang sunburn berendam kat sini.


View dari level swimming pool di Puteri Wing.

Pedestrian yang menghubungkan Astana dan Puteri Wing. Dah la lupa bawak towel. Nasib la bebudak ni kesejukan naik ke bilik.

View waktu malam di depan hotel, kebetulan kan tengah sukan Para Sukma 2024. Kami masa tu memang betul-betul staycation, malamnya lepas makan naik bilik, lepak je di bilik. Nak jalan-jalan di Waterfront, saya pulak mengantuk. Entah apalah dipenatnya. So sayalah yang paling awal tidur malam tu. Memang tak rugilah check-in. Hahaha. Nasib baik tak ada yang komplen, sebab best kot lepak di bilik. Hehehe.

 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bestnya staycation dekat2. Sy pernah naik perahu tambang tu pergi beli kek lapis, heheh.

    ReplyDelete
  2. Oh ada 3 hero rupa2nya KakMim.
    Bagus lah klu dpt tido awal, kita dah bayar mahal2 hotel tu kan, rugilah klu merayap tinggal2kan hotel. (Teringat kata2 arwah FIL sy). Haha.

    ReplyDelete
  3. Staycation mmg tujuan utk lepak di bilit jak hehe. Hotel tok nang convenient mun mok berjalan di Kuching, tapi kamek lom pernah gik stay di Astana tok.

    ReplyDelete
  4. Bestnya staycation😁 my budget utk bercuti thn ni dh licin😂😂😂tunggu next year lah plakkk kena menabung duluuu

    ReplyDelete
  5. Seronok dah tu wpun staycation dekat² je ... Anak² ni asalkan ada pool heaven sangat dah bg diorang

    ReplyDelete
  6. Semoga saya bisa segera pergi ke Kuching dan eksplor kotanya 😍. Cantiiik. Nak juga stay di penginapan yg menghadap river seperti itu

    ReplyDelete
  7. Best river view tu.
    Walau stay di hotel je yang penting anak² happy dapat masuk pool.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form