Syoknya bila hujung minggu tak perlu kerja. Dapat la berkumpul bersama famili besar. Kebetulan pulak Abang takde tusyen sebab cuti umum. Makin la rileks takde bekejar ke sana dan ke mari. Kalau tak, Sabtu memang hari yang sangat buzy.
Bila dah tak kerja so dapatlah ke rumah nenek beramai-ramai. Kami plan potluck je, masak di rumah masing-masing dan bawak lauk makan di rumah nenek. Mak masak nasi je. Saya bawak ayam masak lemak, sambal mangga muda + bunga kantan dan sambal belacan Siam, adik no 2 bawak ikan goreng dan sayur sawi dan adik no 3 bawak sambal kentang. Sampai rumah nenek semua dah kebulur tak dan nak ambik gambar bagai dah. Terus je bersantap. Haha.
Dapat la stok sebotol sambal belacan untuk adik no 3 dan mak bapak.
RESEPI SAMBAL BELACAN SIAM 🌶🌶
Bahan²
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih ***
1 labu bawang besar holland ***
1 inci belacan ***
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sudu besar cuka makan
Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali.
Cara²
1) Bakar bahan² yang bertanda ***.
2) Kemudian blend malas kesemua bahan² yang dibakar bersama² dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
3) Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata² dan nampak berkilat.
4) Dah siap boleh buat stok untuk makan lauk kari, masak lemak atau cicah-cicah ikan goreng. Makin lama disimpan chill makin sedap pulak rasanya.
Nak buat jugaklah ...
ReplyDeleteSambal belacan ni buat makan dgn nasi goreng pun sedapkan... Potong timun gu kan sekali 👍
Betul tu.. fefeeling mkn kat kedai.. hihihi
DeleteMZ suka sambal tapi tak mkn yg ada belacan sbb tak suka rasa belacan hehehe memang tak reti mkn dan tak biasa mkn
ReplyDeleteOohhh.. MZ x mkn belacan rupanya
DeleteNak try jugalah buat camni.. ala2 makan kat kedai tomyam. Ada timun hiris.
ReplyDeleteSila sila.. senang nk mkn bila dh ada stok.. hehe
DeleteYa Allah, kecur tengok sambal belacan Mim pagi2 ni.
ReplyDeleteMkn dgn masak lemak sedap ni.. hehehe
DeleteKak SA suka sambal belacan siam ni..tapi selalu buat x menjadi...
ReplyDeleteAi knp x jd pulak kak?
DeleteKami mmg peminat sambal belacan, sampaikan klu ke Sushi King, Msia ni pun rasa mcm nak bwk je sambal belacan dr rumah. Haha.
ReplyDeleteSib baik kat Aussie sambal belacan mmg wujud di kebykkn restoran Asia.
kalau peminat penas kena ada stok ni.. MA x minat sgt pedas so memang kureng la
ReplyDeleteUishh meleleh air liur tengok sambal ni!
ReplyDeletetq share resepi Mim :)
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok berkumpul dihujung minggu.. sambil sambil dpt buat smbal belacan hihii
ReplyDeleteKecur airliur tengok sambal ni....
ReplyDeleteDi sini sambal belacan disebut sambal terasi. Ada perbedaan cara buat sedikit. , tp saya suka 2-2 nya. Kalo Indonesia tak cair, yg ini lebih cair kan. Dan tak pakai bawang Holland. Melainkan bawang merah.
ReplyDeleteTapiiii, saya pernah coba sambal belacan yg cair seperti ini ketika di Malaysia, JD tak ada masalah dengan rasa. Cuma belum pernah buat selama ini. Skr, jadi nak buat 😍😍😍. Thank you resep nya kak. Kebetulan hari ini pun ada menu sambal terasi makan dengan ayam bakar. JD nak coba pakai resep ini.
Kaaaaak, akhirnya saya dah buat sambal terasi dengan resep ini. Beughhhh sukaaa ❤️❤️❤️. Apalagi ini bisa simpan dalam kulkas. Asam, pedas manis dia pas.
ReplyDeleteTd saya nak kirim fotonya di IG kakak Krn saya baru follow, jadi tak bisa kirim foto 😄
Thank youu kak mim. Senaaang kalo bisa berhasil memasak sesuatu dr resep kawan2. 👍❤️