Perancangan Rumah Selepas Bersara

MENGAPA PENCEN DENGAN RUMAH BESAR?

1. Ramai ada impian untuk bina banglo agam bila bersara dari kerja nanti.

2. Ada yang dah beli tanah di kampung, nak upah bina rumah bunglo dengan kolam mandi 8 depa.

3. Bersara nanti tinggal hanya kita berdua saja, itu pun jika panjang usia kita.

4. Anak anak hanya balik setahun tak lebih 10 kali, kenapa perlu ada 10 bilik untuk semua anak ini?

5. Tingkat atas siapa nak cuci, kita mungkin sakit lutut nanti. Naik mengemas seminggu sekali.

6. Rancang persaraan dengan kediaman besar bukan 'trendy' lagi. Zaman bina rumah agam mungkin dah tak trendy lagi.

7. Bersara itu adalah masa untuk kita nikmati, bukan kemas rumah yang besar macam istana. Marah anak anak tak balik, bilik dah ada.

8. Tinggal di apartment, rumah kecil atau kondo bukan satu dosa. Ia sesuai dengan keperluan sebahagian dari kita bila bersara.

9. Jika kita sanggup cuci lantai, kemas tirai sepanjang masa. Silakan saja. Biar kecil tapi bermakna.

10. Pertimbangkan semula impian kita bina rumah besar sedangkan hidup hanya berdua.

Akhirnya kita di ruang yang kecil dan sempit juga?

Kredit to FB Azizul Azli Ahmad 

#RumahSederhana
#LupakanRumahAgamBilaBersara.

Kredit gambar: FB Little Things


Terima kasih kepada Tuan Azizul Azli Ahmad. Saya memang suka baca sharing daripada beliau di Facebook. Nasib baik jugaklah plan saya untuk 2nd home sama seperti pemikiran beliau. Ye lah bila dah puas duduk rumah 2 tingkat, terasa jugaklah kepenatan mengemasnya. Lepas tu makin besar rumah, makin banyak pulak barang nak diangkut masuk. Saya teringin nak jadi minimalis lepas ni. Beli apa yang perlu saja. Semoga impian saya tercapai dan dipermudah semua angan-angan.

14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Boleh kot ada rumah besar tapi kena ada orang gaji 4 org. Sorang kemas, sorang cuci pakaian, sorang masak, sorang cuci pinggan periuk belanga, heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak... kitonya jenis x suka ada stranger dlm rumah... hehehe... x sesuai lah kan

      Delete
  2. betul...time dah pencen nanti, rumah kecik2 pun cukup dah..nak rehat2, nak byk beribadah..in sya Allah...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah.. x risau kalau sakit kaki ke x perlu trn naik tangga

      Delete
  3. Kmk mmg dah ada rumah retirement di Bintulu nun. Tunggu Jun retire jak agik, Insha Allah balit ke sinun diam di rumah ya. Single storey, dekat dgn hospital, masjid, kedai runcit & taman utk beriadah. Mun anak2 dtg, mesti sidaknya lebih selesa diam di hotel, kmk nang dah siap2 fikir giya la 😅

    ReplyDelete
  4. ya...linda pun rimas barang banyak2...rasa nak buang je semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya xkn nk buang mcm tu je... nk membeli tu dh brp modalnya

      Delete
  5. Lagi kecik lagi bagus... Asal tak sempit

    ReplyDelete
    Replies
    1. just nice ok la kan... bersederhana.. tp ada jugak ruang mmg perlu besar... hihihi.. ada pro n cons jugak la

      Delete
  6. Semoga apa yg kita impikan dan usahakan tercapai. Dulu rasa nak buat banglo di kampung, tp lately rasa cam tiny house pun menarik juga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sy ada tanah kpg mmg nk buat rumah setingkat tp halaman kena luas.. bestnya senang cucu nak main² hehehhe

      Delete
  7. Cantik gambar rumahnya tu. Moga impian tercapai.....

    ReplyDelete
  8. MZ dan suami belum decide lagi kat mana nak duduk lps bersara..rumah my mom kat kg tu memang nama MZ dan adik MZ..cuma byk kena repair sbb rumah kayu..usia rumah tu now 40 tahun..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form