Green Tea oh Green Tea

Ada hari tu, saya  dah tak larat nak minum green tea, nak minum teh O. Tapi tak sampai hati nak masukkan sesudu gula. So minum la air teh O yang kelat itu. Kelat-kelat pun terpaksa juga telan dan hadam. Begitulah kehidupan kita. Cabaran dan dugaan yang melanda, kita tak boleh nak elak, redah je la walau macam mana pun. Terima saja qada' dan qadar' yang telah ditetapkan untuk kita.

Alhamdulillah, hari Rabu semalam berlalu dengan tenangnya. Malam kelmarin Imran ada bagitau, "kamek trauma lah ari Rabu, Bu. Kan ria kamek masuk hospital hari Rabu"

Dalam hati Ibu, Ibu pun trauma jugak. Trauma kisah Rabu minggu lepas berulang. Kami masih lagi berjaga-jaga. Semalam Ayah hantar nasi ke sekolah siap dengan air 100 Plus sebab semalam ada pemilihan rumah sukan lagi. Balik sebelah petang pun Ibu suruh rehat je, jangan main lagi kat luar. On zikir di tv dari petang sampai ke malam. Dinner awal dan alhadulillah dapat rehat & tidur awal. Dan malamnya semua tidur dengan lena. Lepas ni memang kena tukar rutin lah nampaknya, yang penting dinner awal, dapatla tidur awal. Tapi kalau ada kekangan tu, tak dapat la jugak nak tidur awal.

Ok, lupakan cerita hari Rabu. Sambung cerita green tea lagi. Minggu ni masuk minggu ketiga saya tak ambik minuman bergula. Memang minum green tea atau air kosong je waktu pagi. Memang teringin sangat nak makan roti Munchies cicah air teh O, tapi boleh ditahan lagi nafsu ni.

Hari tu saya ada mintak cadangan dari sahabat blogger jenama green tea yang sedap. So far tak beli lagi lah, lepas habiskan stok ni baru saya beli jenama yang dicadangkan. Buat masa ni saya memang kena habiskan Akbar Green Tea ni dulu.


Saya try jenama ni sebab Encik Suami beli Akbar Gold, sedap. Kotaknya warna gold, rasa pun memang gold jugak. Itu yang fikir, mesti green tea nya pun sedap walaupun takde 'gold'. Atau mungkin dah tiap hari minum jadi takde rasa dah, sebab bila first try dulu macam sedap je green tea Akbar ni.

Ada banyak lagi gaisssssss.

Kalau ikutkan memang cukup untuk 3 minggu kan, tapi ada hari saya cuti, ada hari hujung minggu, so tak breakfast di ofis. Sebab tu masih tak habis-habis lagi. Di rumah saya lupa pulak jenama apa yang saya beli, tapi tak sedap jugak. Tapi, biasalah benda yang menyihatkan memang tak sedap kan? Lepas ni nak kena beli lemon supaya boleh la gilir-gilir tukar menu air. Asyik lupa je nak beli lemon.


Bah, kamek minum lok aa.





 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. bagus ni kalau dpt amalkan minum green tea tanpa gula...MZ tak leh nak minum apa2 yg tak de sweetener (biasanya guna stevia atau apa2 artificial sweetener selain gula putih tu)

    ReplyDelete
  2. Kalau sarapan di rumah, akak minum green tea brand Ahmad Tea. Ok sedap bagi akak. Memang tak letak gula, cuma biasanya tambah perahan limau kasturi sebiji.

    Dah pernah try green tea brand lain, tak boleh nak minum kalau tanpa pemanis 😄

    ReplyDelete
  3. bagus ni but MA pun cannot go. pernah try tapi x leh...

    ReplyDelete
  4. Kak SA kat office minum green tea tapi tak leh minum hari- hari sebab akan angin satu badan..so kena selang seli..akak selalu amik yang lipton atau ahmad tea

    ReplyDelete
  5. Kalau green tea memang sedap lagi tak letak gula. Tapi kalau teh biasa tak letak gula rasa kelat tu susah juga nak telan. huhu..
    Siapa je tak trauma dengan hal begitu. Semoga Imran tak teringat-ingat sangat tragedi tu. Risau dia risau je. Semoga semuanya baik-baik. Aamiinn...

    ReplyDelete
  6. Salute dgn kitak tahan minum green tea hari2 👏🏻👏🏻 semoga dapat istiqamah. Ada perubahan sik bila dah cut minum air manis tok?

    ReplyDelete
  7. Tak apa tak sedap, Krn biasanya green tea banyak manfaat 😄😁. Ini salah satu yg bisa buat slim juga.

    ReplyDelete
  8. Green tea paling liat kmk mok minum...tapi kalau tukar dengan madu...nombor satu cuma terpaksa kontrol sebab kadar gula memang tinggi juak...takut juak kalau madu proses yang memang sudah dicampur dengan gula ...madu asli yang homemade...boleh cayak mun dari penjual yang jujur

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form