Dalam entri sebelum ini saya maklumkan sesuatu berlaku! Ya, Imran diserang sawan ketika tidur pada hari Rabu yang lepas (11 malam). Kejadian begitu pantas sekali dan kami baru pertama kali mengalaminya. Sawan menyerang dalam masa 10 minit. Masa tu saya dah tak fikir apa-apa, hanya remuknya hati ini mengingatkan anakku yang baru satu jam tadi buat maths sama-sama, menyanyi sama-sama, adakah akan menjadi 'tidak sempurna' dan 'sayur'? Ya Allah, Iman pulak dah menangis teresak-esak. Nak rakamkan pun tak teringat sebab kami suami isteri hanya nak sedarkan Imran daripada keadaan macam tu.
Keadaan Semasa Sawan Menyerang
Bayangkan masa saya ke bawah, (anak-anak semua tidur di bilik bawah), saya lihat Encik Suami memanggil-manggil nama Imran. Matanya terpejam, badannya menggeletar, air liur meleleh. "Ya Allah!! Yang, kenapa Imran, Yang?" Hanya itu yang saya mampu katakan kepada suami. Ya Allah, Ya Allah, panjangkan umur anakku ya Allah, saya berdoa dalam hati sambil bersama memanggil nama Imran supaya dia sedar dan membuka mata. Saya semakin nervous melihat ada darah bersama air liur. Kenapa ada darah, kenapa ada darah, ya Allah!
Tidak lama selepas itu, saya sempat mengerling jam di dinding, 10 minit berlalu. 11.10 malam. Imran pun mula membuka mata. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Dia pandang kami, sayu dan bersuara.
"Kenak Ibu terais nama kamek? Kamek ok. kamek ok, kamek nak bertanding koir esok", ujarnya satu persatu, kepala terhangguk-hangguk. Sangat pelik di pendengaran dan pandangan saya. Ya Allah kenapa dia macam ni? Jangan la.. jangan la.
Minum Air Zamzam
"Bagi dia minum air, bagi dia minum air", kata Encik Suami terus ke dapur mengambil air. Saya masih cuba bercakap-cakap dengan Imran.
"Awan, kenal sik sapa tok?"
"Ibu", jawab tanpa memandang saya.
"Tangga Ibu Wan (pandang Ibu Wan)". Dia pandang saya. Syukur alhamdulillah.
"Imran minum air zamzam, nak. Ikut Ayah baca selawat," kata Encik Suami dengan secawan air zamzam. Encik Suami memimpin Imran membaca selawat, dia ikut, tapi macam tak lancar, mcam budak baru nak pandai bercakap. Ya Allah, saya risau. "Kenak nya kelakar camya Yang?". Encik Suami hanya diam.
Mula-mula dia tak boleh minum, air keluar sedikit dari mulut.
"Cuba pegang cangkir tok Wan", kata ayahnya. Cawan jatuh.
Saya pandang Encik Suami, Encik Suami pandang saya.
Tiba-tiba, Imran bersuara lagi, "kamek nak kemeh (saya nak kencing)". Dia cuba bangun, Encik Suami bantu dia bangun. Baru nak berdiri tapi imabngan badan tak stabil, kami pimpin dia sampai ke toilet.
"Yang, jom embak nya ke hospital".
"Kitak kemas" kata Encik Suami.
Masa saya bersiap, packing apa yang patut, saya arahkan Iman bawak Iman bersembang, saya jadi trauma kalau dia tidur sebab dia asyik cakap dia mengantuk. Saya suruh Iman tanya dia sifir, sifir 8, sifir 9, sifir 4 secara spontan. Alhamdulillah, dia jawab dengan betul. Masa kami siapkan dia untuk ke hospital, tukar baju semua, dia asyik tanya kenapa perlu ke hospital, dia ok, dia cuma ngantuk. Sedihnya masa ni, dia memang tak tau langsung apa yang berlaku pada dia yang hampir meluruhkan jantung kami sekejap tadi.
Ke Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Umum Sarawak
Sebelum ke hospital, kami hantar Kakak, Abang dan Alan ke rumah mak saya dulu. Bawak apa yang ada, Alan memang langsung tak sedar diangkat ke kereta. Dia memang tak tahu kekalutan kami masa abangnya, Imran tak sedarkan diri. Dalam kereta Imran masih lagi dengan soalan kenapa kena pergi ke hospital. Dalam 12.20 pagi macam tu, kami sampai di hospital, sampai di triage, pergi daftar dan terus jumpa doktor. Doktor terus ambil darah dan soal macam-macam. Dan Imran pun dimonitor di zon kuning.
1.05 pagi, MA panggil suruh pergi daftar wad. Hmm. Tak sangka pulak warded. Imran masih baring, tak boleh tidur, tapi dia diam tanpa soalan lagi.
Jam 3.00 pagi macam tu barulah ada PPK datang bawak kami dari zon kuning Jabatan Kecemasan ke wad paediatric. Ada 2 orang patient sekali yang check in ward masa tu. Sorang lagi asma. Dan sampai je di wad, lepas tukar baju Imran pun tidur. Saya yang tak boleh nak tidur. Pejam celik pejam celik je mata.
Alhamdulillah, gambar di tengah, gambar di sebelah petang tunggu nak discaj, muka ada senyum dah.
Plan Doktor Pakar
Macam biasa bila duduk wad, 2-3 orang doktor akan check dan kita akan ulang lagi cerita yang sama, tapi nasib baiklah masa tu saya cerita sekali dan doktor kedua ketiga hanya baca saja daripada case note patient. Maksudnya baguslah laporan daripada doktor yang pertama, lengkap dia tulis.
Bila siangnya, tiba giliran doktor pakar pula check, plan dia - discaj sebelah petang, dan dia akan bagi appointment untuk EEG scan pada 26/9/2024 nanti. Imran warded sebab mereka nak pantau in case sawan menyerang lagi. Disebabkan tiada family history yang ada sawan, mungkin faktor-faktor lain yang menyebabkan Imran diserang sawan. Itu hanya akan diketahui selepas EEG scan nanti. Doktor pakar datang melawat masa Encik Suami bersama Imran.
Electroencephalogram (EEG)
An
electroencephalogram (EEG) is a test that measures electrical activity in the
brain. This test also is called an EEG. The test uses small, metal discs called
electrodes that attach to the scalp. Brain cells communicate via electrical
impulses, and this activity shows up as wavy lines on an EEG recording. Brain
cells are active all the time, even during sleep.
An EEG is one of the main tests to help diagnose epilepsy. An EEG also can play a role in diagnosing other brain conditions.
Discaj Selepas 20 jam di Paed (Iso) Ward
Akhirnya Imran pun discaj sebelum maghrib. Saya dah prepare mental dah, at least 2 malam bermalam di wad. Cuti rehat pun dah mohon 2 hari. Tapi syukurlah hanya 20 jam di hospital. Sebelah paginya saya dan Encik Suami dah bertukar syif, dia jaga Imran, saya balik mandi dan bawa Iman dan adik-adiknya ambil barang sekolah dan bawak ke rumah nenek untuk sekolah pada hari Jumaat. Dan masa lunch Encik Suami call abagitau plan doktor dan boleh discaj petang tu jugak. Syukur alhamdulillah. Semasa di wad, Imran pun dah ok seperti biasa, cuma nampaklah dia letih. Banyak sebab dia letih.
Cuma kesian adik di sebelah bed Imran, abang di sebelahnya silih berganti. Baru sekejap nak main-main dengan abang Imran dan kena discaj pulak. DIa dah 8 hari duduk wad. Masa nak discaj pun dia nangis, dia nak abang sini, abang sini, tangisnya.
Imran temankan adik Isaac main game.
Guna GL Encik Suami untuk masuk wad. Tak terfikir pun nak guna insurans untuk ke hospital swasta. So far memang tak pernah guna lagi medical card.
Dapat MC 2 hari sebab ibu yang request 2 hari untuk Imran. Doktor pun ok je. Biarlah dia rehat dulu.
Oh ya, kami cuba untuk tak panggil Imran dengan nama Awan lagi. Dia sangat risau bila dapat tau Imran warded. Alan cakap, panggil Wan saja atau Imran. Kalau mak sedara dia (adik ibu) memang suka panggil dia Mudzaffar. Iya lah, nama pun suatu doa jugak kan?
Allahu.. MA yg baca pun adoi, x tau nak ckp..of coz panik time tu,, syukur alhamdulillah, x de apa and moga sihat2 selalu lepas ni & x de apa2 yg serius yer,.....in sya Allah
ReplyDeleteAllahuakbar saya turut berdebar kakmim...moga tak ada apa-apa yang serius ye Imran,sentiasa sihat panjang umur
ReplyDeleteAllahu... baca pun panik ni KM.
ReplyDeleteSemoga Imran baik-baik sahaja dan Allah permudahkan urusan KM sekeluarga.
Semoga Imran baik- baik aje lepas ni..allahu..sawan x leh dibuat main, harap lepas ni xde berulang lagi la
ReplyDeleteMacam mana boleh tiba2 sawan, ada demam ke sebelumnya, Mim? Nasib baik sedar, ke.. Kak Iman yang panggil, sebab dorg tidur bilik bawah, kan. Semoga tiada yang memudaratkan dan Imran benar2 sembuh dari sawan, insyaAllah.
ReplyDeleteya Allah berdebar saya baca entry ni...i can feel how intense the situation was...moga2 ur son segera sembuh..aamiin
ReplyDeletejadi ada rawatan susulan tak lepas ni KM? Risau pulakkan
ReplyDeleteSemoga Imran dipermudahkan semuanya.. Kembali sihat dan kuat
ReplyDeleteSubhanaallah semoga Imran akan kembali sihat sedia kala, aamiin
ReplyDeleteI can feel you. Dulu anak sy yg ketiga ni pernah kena sawan pd tgh mlm. Umur dia masa tu 8 thn. Kena tahan di wad 2 malam. Lepas kena buat follow-up hampir 2 thn. Syukurlah lepas follow up tu dia pulih sampai skrg umurnya 17 thn...
ReplyDeleteMudah2an Imran akan pulih seperti sediakala
ReplyDeleteYa Allah!. Pernah juga berhadapan dgn org yg sawan. Kami panggil ambulan masa tu. Mmg takut kan?. Sbb lain mcm dia punya gletar2 tu.
ReplyDeleteMoga Imran terus sihat.
Allahuakbar...membaca pun panik inikan menghadapinya situasinya. Syukur Imran cepat sedap dan discharge sudah. Semoga Imran kembali cergas segera. Aamiin...
ReplyDeleteAllah, berderau baca 😢
ReplyDeleteMudah-mudahan takde apa2 ye Imran and sihat semula spt sediakala 🤲
Alhamdulillah dah membaik ya kak 🤗🤗. Tau sangaaat rasanya, Krn 2 anak saya pun pernah sawan ketika tidur. Rasanya ini memang sering terjadi kepada kanak2. Cuma kalo di saya, Krn memang keturunan. .saya pun dulu begitu. Yg saya ingat, jika terjadi lagi, masukkan sendok ke mulut supaya dia tak menggigit lidahnya. Darah itu mungkin Krn si adik ada gigit lidah hingga berdarah.
ReplyDeleteApapun semoga tidak terjadi lagi. Biasanya ini hanya berlaku pada anak2. Anak saya keduanya sudah tidak pernah sawan semakin besar.
Kecuali jika memang menderita epilepsi. Itu beda case. Sampai dewasa pun akan terjadi.